Tarikh : 05 September 2021
Masa : 10.30 pagi 12.30 tengahari
Lokasi : PI Taman Desa Kelisa
Kehadiran : 5 Orang

Tujuan

Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk mengajar pelajar bagaimana untuk membuat pembaharuan lesen memandu di portal MySikap serta mengajar bagaimana untuk membuat pembayaran secara atas talian.

AKTIVITI

Aktiviti utama di mulakan dengan petugas memberikan penerangan ringkas tentang cara untuk membuat pembaharuan lesen secara online. Setelah petugas memberi penerangan ringkas cara log in ke dalam system portal MySikap, petugas akan memastikan pelajar membawa maklumat penting untuk membuat pembaharuan lesen dan pelajar mempunyai akaun emel. Pelajar juga dipastikan mempunyai online banking. Pelajar juga diberikan aktiviti sokongan iaitu Microsoft Office Word untuk dokumentasi.

 

Ia banyak memberi kebaikan / kelebihan kerana setiap kelas yang diadakan untuk pelajar adalah berlainan maka pelajar mendapat input yang lebih komprehensif dan konsep pengajaran yang mudah difahami serta melahirkan golongan dewasa dan berumur yang celik IT

Gambar disini