1) PENGANGKUTAN AWAM
- STESEN KOMUTER BATANG KALI -
Stesen Komuter Batang Kali merupakan stesen komuter paling hampir dengan kawasan Hulu Yam iaitu sekitar 10 km daripada pekan Hulu Yam. Stesen Komuter ini menyediakan perkhidmatan KTM komuter laluan Rawang-Tanjung Malim.
-BAS MINI -
Bas mini merupakan salah satu kemudahan awam dikawasan Hulu Yam. Laluan Bas mini ini hanya melibatkan kawasan Hulu Yam Bharu - Hulu Yam Lama - Batang Kali - Hulu Yam Bharu. Kemudahan ini disediakan untuk golongan pelajar bagi memudahkan mereka untuk kesekolah dan golongan yang kurang berkemampuan.
2) KEDAI BARANGAN KEPERLUAN HARIAN
- SPEEDMART -
Di Pekan Hulu Yam Bharu, terdapat sebuah pasaraya SPEEDMART yang dikenali dengan kedai serbaneka dengan menawarkan harga yang murah. Wujudnya pasaraya ini, dapat membantu penduduk berhampiran memenuhi keperluan asas mereka.
- SEVENELEVEN -
Terdapat juga kedai serbaneka SEVENELEVEN di pekan Hulu Yam Bharu yang beroperasi 24 jam dalam 7 hari seminggu. Ini memudahkan penduduk berhampiran mencari barang keperluan diwaktu kecemasan seperti pada waktu awal pagi dan lewat malam.
- ECONSAVE -
Terletak di Batang Kali iaitu 10 km daripada Pekan Hulu Yam. Pasaraya ECONSAVE menyediakan pelbagai barangan kering dan basah dengan tawaran harga yang berpatutan.
3) STESEN MINYAK
- PETRONAS -
Terdapat 2 buah stesen minyak PETRONAS yang paling hampir dengan pekan Hulu Yam Bharu iaitu (1) di Batang Kali (berhampiran stesen komuter Batang Kali) dan (2) di Bandar Bharu Batang Kali. Masing-masing terletak kira-kira 10km daripada pekan Hulu Yam.
- SHELL -
Satu-satunya stesen minyak SHELL terletak hampir dengan Pekan Hulu Yam iaitu 10km terletak di Bandar Bharu Batang Kali.
4) BANK, ATM & CDM
- PUBLIC BANK -
Terletak di Pekan Baru Batang Kali (berhampiran Stesen Komuter Batang Kali) iaitu kira-kira 10 km daripada pekan Hulu Yam Bharu.
- MAYBANK ATM & CDM -
Terletak di Stesen Minyak PETRONAS Bandar Bharu Batang Kali. Terdapat 2 buah mesin ATM dan sebuah mesin CDM.
- CIMB ATM & CDM -
Terletak di Stesen Minyak PETRONAS Bandar Bharu Batang Kali. Terdapat 1 buah mesin ATM dan sebuah mesin CDM. Di CIMB Bank Batang Kali terdapat 1 buah mesin CDM dan 3 buah mesin ATM.
5)SURAU AL-HUDA
-Terletak di Kampung Pasir, Ulu Yam Bharu
6) BILIK GERAKAN KAMPUNG PASIR, ULU YAM BHARU