Nama |
: ABBY NUR IZZATY BT MAT ASIM |
Umur |
: 17 TAHUN |
Ahli |
: 2019 |
Latar belakang
Merupakan seorang pelajar sekolah menengah disekitar Batang Kali. Beliau mendaftar sebagai ahli Pusat Internet untuk mengikutu latihan/program yang dijalankan di PIK.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PIK
Mempunyai kemahiran asas menggunakan peralatan komputer dan internet. Tetapi lebih kepada permainan menggunakan aplikasi komputer.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PIK
Menerusi latihan pembelajaran yang diikuti di PIK, Kini Abby telah mahir dalam aplikasi penggunaan komputer dan internet. Terutama bagi aplikasi Microsoft Office Word, Powerpoint dan Excel 2010 dan juga penghasilan asas video menggunakan Microsoft Office Powerpoint 2010. Beliau telah mampu menghasilkan surat rasmi dan poster.
Nama |
: MUHAMMAD SYAMIL BIN MUSTAFA KAMAL |
Umur |
: 25 TAHUN |
Ahli |
: 2018 |
Latar belakang
Merupakan seorang usahawan yang menjalankan perusahaan makanan sejuk beku (roti canai sejuk beku) dan juga pengedar sah minuman jelly berasaskan rumpai laut (miwa oli).
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Mempunyai kemahiran asas dalam aplikasi komputer, tetapi lebih kerap menggunakan aplikasi telefon dan mempunyai kemahiran asas dalam aplikasi media sosial.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Di PI, beliau mengikuti bengkel usahawan iaitu penghasilan profil syarikat. Beliau mempelajari format penghasilan profil syarikat yang mudah untuk dipersembahkan kepada wakil-wakil penjual bagi tujuan pengedaran produk di kedai mahupun pasaraya.
Beliau turut menjalani latihan asas pengeditan imej, penghasilan video secara kreatif dan juga penghasilan kad perniagaan secara online.
Dari segi kaedah promosi, beliau menggunakan akaun facebook dan instagram untuk mendapatkan pelanggan yang lebih meluas. Ianya membantu meningkatkan jumlah tempahan dan pendapatan bulanan beliau serta lebih dikenali oleh pelanggan.
Selain itu, beliau turut menyertai pameran produk usahawan sempena Program Hari Bersama PI 2019 di PI Taman Desa Kelisa bagi mempromosikan produk jualan. Ianya meningkatkan peluang produk beliau untuk lebih dikenali komuniti setempat
Nama |
: INTAN FARISHA QISTINA BINTI DZUL ARIS |
Umur |
: 13 TAHUN |
Ahli |
: 2018 |
Latar belakang
Merupakan seorang pelajar sekolah rendah semasa beliau mengikuti latihan di Pusat Internet pada tahun lepas. Kini, beliau merupakan pelajar tingkatan 1 sekolah menengah di Batang Kali. Mendaftar sebagai ahli Pusat Internet bersama kakak beliau untuk mengikuti bengkel/ program yang dijalankan di PI.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Mempunyai kemahiran asas menggunakan peralatan komputer dan internet. Tidak mempunyai capaian internet di rumah.
I
Mula mengikuti latihan di PI pada awal tahun 2018 ketika masih bersekolah rendah. Beliau mempelajari asas komputer iaitu mengenali perkakasan asas dan perisian komputer. Kemudian, beliau mempelajari aplikasi internet iaitu cara membuat carian laman web dan imej untuk kegunaan tugasan sekolah. Beliau juga turut mempelajari aplikasi email.
Di Pusat Internet, beliau mengikuti bengkel penghasilan dokumen secara kreatif. Aplikasi Microsoft Office Word dan internet digunakan dalam menghasilkan beberapa jenis dokumen seperti membina jadual, menghasilkan peta, membina carta dan menyiapkan tugasan sekolah. Manakala aplikasi Microsoft Office Powerpoint dipelajari untuk membina slaid persembahan yang menarik. Beliau turut mempelajari Ms Office Excel bagi penghasilan fungsi jadual, formula pengiraan, dan juga membina carta.
Selain daripada bengkel yang diikuti beliau turut mengambil bahagian dalam pertandingan Kuiz Merdeka Dashboard Online dan Pertandingan MyPlace (Dashboard Komuniti PI).
Hasil daripada pembelajaran ini, beliau mampu menyiapkan tugasan sekolah dengan lebih kemas, cepat dan interaktif. Di sekolah, beliau mampu menghasilkan slaid persembahan yang menarik dan kreatif serta dapat membantu rakan-rakan lain yang kurang kemahiran dalam aplikasi membina slaid persembahan. Beliau telah berjaya menamatkan latihan pada akhir tahun 2018 yang lalu dan telah menerima sijil tamat latihan.
Nama |
: ROHAYA BINTI TAJUDIN |
Umur |
: 52 TAHUN |
Ahli |
: 2018 |
Latar belakang
Pn. Rohaya binti Tajudin merupakan seorang surirumah sepenuh masa. Beliau menjalankan perniagaan menerusi kemahiran yang beliau pelajari iaitu menerima tempahan jahitan pakaian/ langsir, penghasilan makanan bakeri (kek), menghasilkan pelbagai jenis gubahan hadiah/ hantaran dan bunga telur, dan yang terkini penghasilan sabun alami iaitu menggunakan bahan-bahan semulajadi.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Beliau mempunyai kemahiran asas penggunaan aplikasi komputer dan juga kemahiran asas dalam aplikasi media sosial. Beliau telah mendaftar sebagai ahli Pusat Internet pada tahun 2018 dan mula menyertai latihan di PI Taman Desa Kelisa pada awal tahun 2019. Beliau ingin menambah kemahiran berkaitan aplikasi pengeditan imej, penghasilan video dan promosi di media sosial.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Beliau telah mempunyai akaun Facebook, dan di PI beliau belajar cara-cara menghasilkan pos iklan perkhidmatan di Facebook serta penghasilan Facebook Page untuk dijadikan medium promosi. Beliau turut mempelajari cara pengiklanan berbayar di facebook menggunakan Facebook Ads. Menerusi kaedah promosi ini, meningkatkan hasil pendapatan dan beliau menerima tempahan lebih banyak dari luar kawasan setempat. Selain facebook, beliau juga memiliki akaun Instagram dan masih dalam proses pembelajaran untuk promosi perniagaan.
Selain itu, beliau juga mengikuti bengkel pengeditan imej secara offline dan juga online. Ini dapat membantu menambah tarikan pelanggan untuk melihat produk/ perkhidmatan beliau. Beliau turut mempelajari cara menghasilkan video secara online menggunakan aplikasi powtoon.com bagi tujuan pengiklanan.
Antara program lain yang telah diikuti adalah bengkel MyShop (Dashboard Komuniti PI). Beliau mempromosikan produk/ perkhidmatan beliau di aplikasi MyShop (Dashboard PI) untuk tujuan komuniti setempat mengenali perniagaan beliau.
Nama |
: ALIF OMAR BIN ANUAR |
Umur |
: 13 TAHUN |
Ahli |
: 2017 |
Latar belakang
Adik Alif Omar merupakan seorang pelajar sekolah menengah (tahfiz). Beliau mendaftar sebagai ahli Pusat Internet untuk mengikuti latihan/ program yang dijalankan di PI.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Mempunyai kemahiran asas menggunakan peralatan komputer dan internet. Tetapi lebih kepada permainan menggunakan aplikasi komputer
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Mula mengikuti latihan di PI pada penghujung tahun 2016 ketika masih bersekolah rendah. Beliau mempelajari asas komputer iaitu mengenali perkakasan asas dan perisian komputer. Kemudian, beliau mempelajari aplikasi internet iaitu cara membuat carian laman web dan imej untuk kegunaan tugasan sekolah.
Beliau juga mengikuti latihan Ms Office (Word & Powerpoint). Aplikasi Microsoft Office Word digunakan dalam menghasilkan beberapa jenis dokumen seperti membina jadual, menghasilkan karangan, membuat kad ucapan dan lain-lain. Manakala aplikasi Microsoft Office Powerpoint dipelajari untuk membina slaid persembahan yang menarik.
Selain daripada latihan tersebut, beliau turut mengambil bahagian dalam pertandingan menghasilkan poster secara online menggunakan laman web postermywall. Peluang ini menambah kemahiran beliau dalam menghasilkan aplikasi secara online. Selain itu, beliau turut menyertai pertandingan kuiz online yang dijalankan di PI. Hasil daripada pembelajaran di PI, beliau memenangi beberapa pertandingan berkaitan aplikasi computer/ internet di PI mahupun di peringkat sekolah.
Beliau telah berjaya menamatkan latihan pada bulan pertengahan tahun 2017 yang lalu, dan ingin meneruskan pembelajaran baru berkaitan aplikasi komputer dan internet.