Nama

: INTAN FARISHA QISTINA BINTI DZUL ARIS

Umur

: 13 TAHUN

Ahli

: 2018

 

Latar belakang

Merupakan seorang pelajar sekolah rendah semasa beliau mengikuti latihan di Pusat Internet pada tahun lepas. Kini, beliau merupakan pelajar tingkatan 1 sekolah menengah di Batang Kali. Mendaftar sebagai ahli Pusat Internet bersama kakak beliau untuk mengikuti bengkel/ program yang dijalankan di PI.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI 

Mempunyai kemahiran asas menggunakan peralatan komputer dan internet. Tidak mempunyai capaian internet di rumah.

I

Mula mengikuti latihan di PI pada awal tahun 2018 ketika masih bersekolah rendah. Beliau mempelajari asas komputer iaitu mengenali perkakasan asas dan perisian komputer. Kemudian, beliau mempelajari aplikasi internet iaitu cara membuat carian laman web dan imej untuk kegunaan tugasan sekolah. Beliau juga turut mempelajari aplikasi email.

Di Pusat Internet, beliau mengikuti bengkel penghasilan dokumen secara kreatif. Aplikasi Microsoft Office Word dan internet digunakan dalam menghasilkan beberapa jenis dokumen seperti membina jadual, menghasilkan peta, membina carta dan menyiapkan tugasan sekolah. Manakala aplikasi Microsoft Office Powerpoint dipelajari untuk membina slaid persembahan yang menarik. Beliau turut mempelajari Ms Office Excel bagi penghasilan fungsi jadual, formula pengiraan, dan juga membina carta.

Selain daripada bengkel yang diikuti beliau turut mengambil bahagian dalam pertandingan Kuiz Merdeka Dashboard Online dan Pertandingan MyPlace (Dashboard Komuniti PI).

Hasil daripada pembelajaran ini, beliau mampu menyiapkan tugasan sekolah dengan lebih kemas, cepat dan interaktif. Di sekolah, beliau mampu menghasilkan slaid persembahan yang menarik dan kreatif serta dapat membantu rakan-rakan lain yang kurang kemahiran dalam aplikasi membina slaid persembahan. Beliau telah berjaya menamatkan latihan pada akhir tahun 2018 yang lalu dan telah menerima sijil tamat latihan.