Nama

: ROHAYA BINTI TAJUDIN

Umur

: 52 TAHUN

Ahli

: 2018

Latar belakang 

Pn. Rohaya binti Tajudin merupakan seorang surirumah sepenuh masa. Beliau menjalankan perniagaan menerusi kemahiran yang beliau pelajari iaitu menerima tempahan jahitan pakaian/ langsir, penghasilan makanan bakeri (kek), menghasilkan pelbagai jenis gubahan hadiah/ hantaran dan bunga telur, dan yang terkini penghasilan sabun alami iaitu menggunakan bahan-bahan semulajadi.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI 

Beliau mempunyai kemahiran asas penggunaan aplikasi komputer dan juga kemahiran asas dalam aplikasi media sosial. Beliau telah mendaftar sebagai ahli Pusat Internet pada tahun 2018 dan mula menyertai latihan di PI Taman Desa Kelisa pada awal tahun 2019. Beliau ingin menambah kemahiran berkaitan aplikasi pengeditan imej, penghasilan video dan promosi di media sosial.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau telah mempunyai akaun Facebook, dan di PI beliau belajar cara-cara menghasilkan pos iklan perkhidmatan di Facebook serta penghasilan Facebook Page  untuk dijadikan  medium promosi. Beliau turut mempelajari cara pengiklanan berbayar di facebook menggunakan Facebook Ads. Menerusi kaedah promosi ini, meningkatkan hasil pendapatan dan beliau menerima tempahan lebih banyak dari luar kawasan setempat. Selain facebook, beliau juga memiliki akaun Instagram dan masih dalam proses pembelajaran untuk promosi perniagaan.

Selain itu, beliau juga mengikuti bengkel pengeditan imej secara offline dan juga online. Ini dapat membantu menambah tarikan pelanggan untuk melihat produk/ perkhidmatan beliau. Beliau turut mempelajari cara menghasilkan video secara online menggunakan aplikasi powtoon.com bagi tujuan pengiklanan.

Antara program lain yang telah diikuti adalah bengkel MyShop (Dashboard Komuniti PI). Beliau mempromosikan produk/ perkhidmatan beliau di aplikasi MyShop (Dashboard PI) untuk tujuan komuniti setempat mengenali perniagaan beliau.