Nama

: MUHAMMAD SYAMIL BIN MUSTAFA KAMAL

Umur

: 25 TAHUN

Ahli

: 2018

Latar belakang 

Merupakan seorang usahawan yang menjalankan perusahaan makanan sejuk beku (roti canai sejuk beku) dan juga pengedar sah minuman jelly berasaskan rumpai laut (miwa oli). 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Mempunyai kemahiran asas dalam aplikasi komputer, tetapi lebih kerap menggunakan aplikasi telefon dan mempunyai kemahiran asas dalam aplikasi media sosial.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI 

Di PI, beliau mengikuti bengkel usahawan iaitu penghasilan profil syarikat. Beliau mempelajari format penghasilan profil syarikat yang mudah untuk dipersembahkan kepada wakil-wakil penjual bagi tujuan pengedaran produk di kedai mahupun pasaraya.

Beliau turut menjalani latihan asas pengeditan imej, penghasilan video secara kreatif  dan juga penghasilan kad perniagaan secara online.

Dari segi kaedah promosi, beliau menggunakan akaun facebook dan instagram untuk mendapatkan pelanggan yang lebih meluas. Ianya membantu meningkatkan jumlah tempahan dan pendapatan bulanan beliau serta lebih dikenali oleh pelanggan.

Selain itu, beliau turut menyertai pameran produk usahawan sempena Program Hari Bersama PI 2019 di PI Taman Desa Kelisa bagi mempromosikan produk jualan. Ianya meningkatkan peluang produk beliau untuk lebih dikenali komuniti setempat