Nama |
: ALIF OMAR BIN ANUAR |
Umur |
: 13 TAHUN |
Ahli |
: 2017 |
Latar belakang
Adik Alif Omar merupakan seorang pelajar sekolah menengah (tahfiz). Beliau mendaftar sebagai ahli Pusat Internet untuk mengikuti latihan/ program yang dijalankan di PI.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Mempunyai kemahiran asas menggunakan peralatan komputer dan internet. Tetapi lebih kepada permainan menggunakan aplikasi komputer
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Mula mengikuti latihan di PI pada penghujung tahun 2016 ketika masih bersekolah rendah. Beliau mempelajari asas komputer iaitu mengenali perkakasan asas dan perisian komputer. Kemudian, beliau mempelajari aplikasi internet iaitu cara membuat carian laman web dan imej untuk kegunaan tugasan sekolah.
Beliau juga mengikuti latihan Ms Office (Word & Powerpoint). Aplikasi Microsoft Office Word digunakan dalam menghasilkan beberapa jenis dokumen seperti membina jadual, menghasilkan karangan, membuat kad ucapan dan lain-lain. Manakala aplikasi Microsoft Office Powerpoint dipelajari untuk membina slaid persembahan yang menarik.
Selain daripada latihan tersebut, beliau turut mengambil bahagian dalam pertandingan menghasilkan poster secara online menggunakan laman web postermywall. Peluang ini menambah kemahiran beliau dalam menghasilkan aplikasi secara online. Selain itu, beliau turut menyertai pertandingan kuiz online yang dijalankan di PI. Hasil daripada pembelajaran di PI, beliau memenangi beberapa pertandingan berkaitan aplikasi computer/ internet di PI mahupun di peringkat sekolah.
Beliau telah berjaya menamatkan latihan pada bulan pertengahan tahun 2017 yang lalu, dan ingin meneruskan pembelajaran baru berkaitan aplikasi komputer dan internet.
Nama |
: PUTERI NUR FATIN SHAKIRA BINTI HASAN |
Umur |
: 23 TAHUN |
Ahli |
: 2016 |
Latar belakang
Cik Puteri Nur Fatin Shakira merupakan seorang seorang wakil ejen produk Coway. Beliau telah menjadi usahawan pada awal tahun 2018.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Beliau berpengalaman dalam aplikasi komputer, tetapi telah agak lama tidak mempraktikkannya. Beliau lebih kerap menggunakan aplikasi telefon. Neliau juga mempunyai kemahiran asas dalam aplikasi media sosial.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Di PI, beliau mengikuti latihan keusahawanan di mana beliau mempelajari asas pengeditan imej dan juga teknik mengambil gambar produk untuk menghasilkan risalah produk perkhidmatan. Tips dan panduan yang dipelajari membantu beliau menghasilkan gambar yang menarik perhatian pelanggan serta menggunakan testimoni pelanggan sebagai kaedah promosi. Selain itu, beliau juga mengikuti latihan eRezeki yang dijalankan di PI.
Dari segi kaedah promosi, beliau lebih kerap menggunakan aplikasi status whatsapp untuk tujuan promosi dan mendapatkan pelanggan. Ini kerana, maklumbalas yang diterima adalah lebih cepat. Hasil tempahan pelanggan turut meningkat setiap bulan.
Di PI juga beliau mempromosikan produk jualan menerusi aplikasi MyShop (Dashboard Komuniti). Ini meningkatkan peluang perkhidmatan beliau untuk lebih dikenali komuniti setempat.
Nama |
: MIMI AZURA BT ZAIRI |
Umur |
: 18 TAHUN |
Ahli |
: 2017 |
Latar belakang
Merupakan seorang lepasan sekolah. Mendaftar sebagai ahli Pusat Internet pada tahun 2017 dan mengikuti kelas/ latihan/ program ICT di PI. Tujuan beliau mendaftar ahli PI adalah ingin mempelajari ilmu ICT untuk kegunaan mencari pekerjaan
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Mempunyai kemahiran asas menggunakan peralatan komputer dan internet, tetapi lebih banyak menggunakan telefon pintar.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Mula mengikuti latihan di PI pada pertengahan tahun 2017. Beliau mempelajari asas komputer dan internet serta aplikasi Microsoft Office (Word/ Powerpoint/ Excel). Aplikasi Microsoft Office Word digunakan dalam menghasilkan beberapa jenis dokumen seperti membina jadual, menghasilkan risalah dan penghasilan resume. Manakala aplikasi Microsoft Office Powerpoint membantu beliau membina slaid persembahan yang menarik dan menukar ke format video. Ms Excel pula menambah kemahiran beliau dalam penghasilan jadual dan aplikasi berformat.
Disamping itu, beliau juga turut mengikuti bengkel penghasilan “Resume” dan aplikasi pencarian kerja secara online. Menerusi bengkel ini, beliau dapat menghasilkan satu resume yang dapat digunakan dalam proses mencari pekerjaan. Beliau turut mendaftar pekerjaan di laman web Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) dan Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri (SPN).
Setelah mengikuti latihan pembelajaran ICT di PI, kini beliau telah mahir dalam penggunaan komputer dan internet. Pembelajaran aplikasi internet membantu beliau membuat carian maklumat terutama berkenaan jawatan kosong terkini dan aplikasi email.
Beliau telah berjaya menamatkan latihan pada bulan Ogos 2018 yang lalu, dan telah mula bekerja pada Oktober 2018. Segala kemahiran yang dimiliki semasa mengikuti latihan/ bengkel di PI banyak membantu beliau dalam urusan pekerjaan kini.
Nama |
: NORHAYATI BT MOHD SIDID |
Umur |
: 43 TAHUN |
Ahli |
: 2016 |
Latar belakang
Pn. Norhayati binti Mohd Sidid merupakan seorang kakitangan awam sepenuh masa iaitu bertugas sebagai jururawat di Klinik Desa Kg. Gurney, Hulu Yam Bharu. Disamping menjalankan tugas sebagai jururawat, beliau menjalankan perniagaan secara sambilan sejak awal tahun 2017. Beliau menjual tepung kek coklat moist dan juga menghasilkan karipap sejuk beku disamping menerima tempahan kuih muih.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Beliau mempunyai komputer di tempat bekerja tetapi hanya menggunakan pada masa tertentu sahaja dan kurang mahir dalam penghasilan pelbagai dokumen. Mempunyai kemahiran asas dalam aplikasi media sosial.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Beliau mula menyertai latihan di PI Taman Desa Kelisa pada pertengahan tahun 2018. Beliau ingin menambah kemahiran berkaitan aplikasi komputer dan internet.
Di PI, beliau mempelajari asas Ms Office Word/ Powerpoint/ Excel bagi memudahkan penghasilan dokumen seperti label produk dan menghasilkan risalah untuk diedarkan kepada pelanggan mengenai perniagaan yang dijalankan. Beliau turut belajar menghasilkan iklan poster untuk iklan di status whatsapp.
Selain itu, beliau turut belajar cara-cara menghasilkan pos iklan di Facebook peribadi dan belajar menggunakannya sebagai medium promosi. Disebabkan kekangan masa, beliau belum lagi menghasilkan Facebook Page perniagaan. Pada masa ini, beliau lebih aktif menggunakan aplikasi WhatsApp status untuk iklankan produk perniagaan. Aplikasi status whatsapp ini memberi kesan yang baik kepada perniagaan beliau.
Antara program lain yang telah diikuti di PI adalah Latihan Keushawanan iaitu menghasilkan buku akaun dan invois menggunakan aplikasi Ms Excel. Beliau turut mempromosikan produk perniagaan beliau di aplikasi MyShop (Dashboard PI). Menerusi aplikasi MyShop PI, komuniti setempat mudah untuk mengetahui dan mendapatkan maklumat lanjut berkaitan perkhidmatan yang sediakan.
Nama |
: NORDAHLIA BINTI DAHALAN |
Umur |
: 37 TAHUN |
Ahli |
: 2017 |
Latar belakang
Pn. Nordahlia binti Dahalan merupakan seorang surirumah sepenuh masa. Beliau mula menjalankan perniagaan secara sambilan sejak awal tahun 2018. Beliau menggunakan kemahiran memasak yang ada untuk menambah pendapatan keluaraga.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Beliau mempunyai komputer tetapi hanya menggunakan pada masa tertentu sahaja dan kurang mahir dalam penghasilan pelbagai dokumen. Mempunyai kemahiran asas dalam aplikasi media sosial.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Beliau mula menyertai latihan di PI Taman Desa Kelisa pada pertengahan tahun 2018. Beliau ingin menambah kemahiran berkaitan aplikasi komputer dan internet. Di PI, beliau mempelajari cara menguruskan email (Gmail) & aplikasi WhatsApp. Ini bagi memudahkan beliau dalam urusan menerima dan membalas segala pertanyaan dan tempahan daripada pelanggan.
Beliau turut mempelajari asas Ms Office Word/ Powerpoint/ Excel bagi memudahkan penghasilan dokumen seperti label produk dan menghasilkan risalah untuk diedarkan kepada pelanggan mengenai perniagaan yang dijalankan.
Di PI beliau belajar cara-cara menghasilkan Facebook Page perniagaan dan belajar menggunakannya sebagai medium promosi. Selain itu, beliau aktif menggunakan aplikasi WhatsApp status untuk iklankan produk perniagaan. Usaha ini banyak membantu meningkatkan hasil pendapatan beliau.
Antara program lain yang telah diikuti di PI adalah Latihan Keushawanan iaitu pengeditan imej dan teknik fotoggrafi. Latihan ini membantu beliau dalam menghasilkan imej produk yang lebih jelas dan menarik minat pembeli. Beliau turut mempromosikan produk perniagaan beliau di aplikasi MyShop (Dashboard PI). Menerusi aplikasi MyShop PI, komuniti setempat mudah untuk mengetahui dan mendapatkan maklumat lanjut berkaitan perkhidmatan yang sediakan.