BELIA PEMIMPIN MASA HADAPAN

Belia ialah golongan muda yang berusia antara 18 hingga 35 tahun. Golongan ini dianggap sebagai golongan yang paling produktif dan bersemangat kental dalam semua hal. Belia merupakan pengerak kepada peningkatan dan pembangunan negara. Mereka ialah golongan yang akan memacu negara ke arah yang lebih moden dan maju pada masa akan datang. Oleh yang demikian, Malaysia memerlukan golongan belia yang dedikasi dan berakhlak mulia demi pembangunan negara pada masa hadapan.