Assalamualaikum w.b.t.

Untuk makluman kepada semua muslimat Taman Desa Kelisa Ulu Yam Bharu:

Info kelas :


Hari :Selasa
Tarikh :19/9/17
Masa : 9am -  10am
Tempat : Surau Al Jami'yyah Taman Desa Kelisa.
Kelas : Tauhid
Kitab :Mastika Hadith

 

 

 

PERTUBUHAN PERKUMPULAN PEREMPUAN (WI)

-PENGENALAN-

Pertubuhan Perkumpulan Perempuan Malaysia [PPPM] atau The Association of Women's Institute [WI] telah diasaskan pada tahun 1952 oleh Lady Templer, isteri kepada Tuan Yang Terutama Pesuruhjaya Tinggi British pada masa itu.

Beliau telah mengadakan perjumpaan di Kuala Lumpur yang dihadiri oleh Sultanah-Sultanah dan Raja-Raja Perempuan Tanah Melayu serta isteri Pesuruhjaya Residen Pulau Pinang dan Melaka dan juga kesemua isteri ketua-ketua jabatan kerajaan negeri bagi tujuan penubuhan W.I

Oleh yang demikian, kumpulan-kumpulan wanita mula dibuka di negeri-negeri di Tanah Melayu. Keahliannya dibuka kepada wanita yang berumur lima belas tahun ke atas. Tujuannya adalah bagi membolehkan kaum wanita dan anak gadis, terutamanya mereka yang tinggal di kampung-kampung, mengambil bahagian yang aktif di dalam usaha memajukan kaum dan bangsa. Ia juga bagi memberi peluang kepada wanita dan gadis remaja untuk bersatu dan berusaha bersama, menerusi Pertubuhan Perkumpulan Perempuan [WI] dalam menjalankan segala aktiviti untuk kemajuan, kebahagiaan dan kebajikan keluarga, jiran serta negara.

Kumpulan-kumpulan ini dikenali sebagai "Women's Institute" atau "Perkumpulan Perempuan". Jika melebihi dua kumpulan dalam mana-mana daerah, kumpulan-kumpulan itu digabungkan untuk menjadi "The Association of Women's Institutes of Malaysia" [NAWIM] atau "Pertubuhan Perkumpulan Perempuan Malaysia" [PPPM].

Di peringkat cawangan, daerah dan negeri, ia diketuai oleh seorang Pengerusi. Manakala di peringkat kebangsaan, ia diketuai oleh seorang Yang Dipertua.

Sebagai ahli "Gabungan Pertubuhan Wanita Desa Sedunia" [The Association of Country Women of the World] yang beribu pejabat di London, W.I merupakan sebahagian daripada United Nation dan mempunyai seorang wakil di dalam salah satu jawatankuasanya.

-AKTIVITI -

MESYUARAT AGONG PERTUBUHAN PERKUMPULAN PEREMPUAN (WI) 2015

DSC 0034

TARIKH : 1 MEI 2015

TEMPAT : DEWAN KOMUNITI TAMAN DESA

TENTATIF AKTIVITI : 

1) PERTANDINGAN MENGUBAH MANIK

DSC 0003

 DSC 0002

DSC 0004 DSC 0005

2) PERTANDINGAN MEMASAK TAT LABU

DSC 0012 DSC 0013

3) PERTANDINGAN MEMBUAT BEG

DSC 0014 DSC 0015