Tempat tenang paling best dan Glamorous Camping di The Hid3out. Camping dengan style. Berhadapan air terjun.

Tidak perlu bawa/ beli  khemah, tidak perlu bawa tilam & bantal, tidak perlu bawa meja, tidak perlu bawa dapur untuk bbq, tidak perlu bawa lampu suluh, tidak perlu bawa kipas, tidak perlu bawa barang banyak-banyak.Hanya perlu bawa baju dengan kelengkapan mandi sahaja. Yang lain disediakan. 

Tempat GLAMPING paling stylo  di Malaysia! Malaysia Hari Ini (MHI) TV3 pun dah datang. Tidak perlu drive jauh-jauh, hanya 20 minit dari Kuala Lumpur (lokasi di Sungai Tua Selayang) jalan ke Ulu Yam. Unggun api pun disediakan, tak perlu buat sendiri. Unggun api rainbow pula tu.

Harga dari RM99.00/seorang  (Minimum 4 orang).

Untuk pertanyaan/ tempahan sila hubungi:

📞Contact No: 
011.12811725 / 011.52727777 (Danial) 
Email: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Website: www.thehid3out.com
Instagram: @thehid3out
Facebook: https://m.facebook.com/hid3out/

 

(Sumber : Facebook Page "The Hid3out")

 


 

Memulakan operasi sejak dari tahun 2002. Riverstone Eco Resort terletak di Hutan Lipur Sungai Tua, Jln.Sungai Tua, Batu Caves, 68100 Selangor. Menawarkan pelbagai pakej untuk rekreasi, team building, dan motivasi. Selain itu Riverstone juga merupakan tempat yang sesuai untuk menganjurkan majlis jamuan makan malam, ulangtahun perkahwinan, reunion dan pelbagai lagi. Menyajikan pelbagai jenis masakan tempatan dan popular dengan hidangan Nasi Ambeng yang di hidangkan dalam dulang. Restoran di Riverstone Eco Resort sentiasa mendapat tempat di hati pengunjung.

Riverstone Eco Resort juga ada menyediakan pelbagai aktiviti bagi memenuhi keinginan para pengunjung seperti Jungle Survival, Rentas Hutan, Rentas Sungai, Flying Fox, Abseiling & Repailing, Jalan Malam, Berakit, Rempuh Halangan, Perang Berapi, Sukaneka, Memanah, Bola Baling, Menyumpit, Explore Riverstone Race, Paintball.

Sebarang tempahan dan pertanyaan boleh berhubung di :

Hutan Lipur Sungai Tua, Jalan Sungai Tua, 68100 Batu Caves, Selangor Darul Ehsan.

Tel : 013-2080833, 012-2295228, 03-92022672.

Email : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Sumber :http://riverstoneecoresort.blogspot.com/

 


 

 

Rimbunan Chalet Sungai Sendat merupakan tempat riadah yang sangat sesuai bagi mereka yang mencari ketenangan untuk bercuti dan merehatkan minda jauh dari hiruk pikuk kota. Tempat ini juga sesuai bagi mereka yang berhajat untuk membuat hari keluarga, bulan madu bagi pasangan baru berkahwin, reunion serta 'team building'.

Terdapat dua konsep chalet di Rimbunan Chalet sungai Sendat iaitu cabin style dan kayu style. Pelbagai fasiliti yang disediakan iaitu kolam mandi, court futsal, BBQ stand, surau, wakaf untuk berehat. Antara aktiviti yang boleh dilakukan di sini adalah perkemahan, BBQ, berbasikal (basikal sendiri), karaoke, dart, serta game bersama keluarga.

 

Sumber : https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1979129675640831&id=1860640987489701

Maklumat lanjut boleh hubungi : 011-3707 3677

 


 

 

 

Rimba Kalong Eco Resort Ulu Yam merupakan tempat riadah yang sangat sesuai bagi mereka yang mencari ketenangan untuk bercuti dan merehatkan minda jauh dari hiruk pikuk kota. Tempat ini juga sesuai bagi mereka yang berhajat untuk aktiviti perkemahan, membuat hari keluarga, reunion serta 'team building' secara santai sambil menikmati keindahan alam semulajadi.

Rimba Kalong Eco Resort Ulu Yam terletak di Kampung Ulu kalong, Ulu Yam Bharu. Tempat ini juga telah beroperasi dari tahun 2012. Tempat ini juga menyediakan pelbagai fasiliti untuk aktiviti seperti 'ATV' dan juga 'PainBall'. Selain aktiviti riadah, Rimba Kalong Eco Resort juga menyediakan perkhidmatan pakej perkahwinan, pertunangan, catering, sambutan hari lahir, hantaran, perkhidmatan sewa baju pengantin dan juga peralatan untuk hiasan majlis perkahwinan.

                                                                      

Untuk maklumat lanjut boleh hubungi : 016-290 7068

Sumber : https://www.facebook.com/RimbaKalongEcoResortUluYam/ 


 

Sub-kategori