D' HERITAGE ULU YAM merupakan tempat yang amat sesuai untuk seisi keluarga. Sambil menunggu ayah/ suami memancing, ahli keluarga boleh berehat di chalet dan mandi manda di sungai berhampiran. Suasana yang tenang dan nyaman amat sesuai untuk merehatkan diri dari hiruk pikuk kota. 

Kawasan seluas 23 ekar ini mempunyai 4 kolam untuk diduga di samping beberapa buah chalet untuk kemudahan pemancing menginap di sini. Deposit RM 30 dikenakan kepada pemancing. RM 7 untuk seorang pemancing,1 jam dan 1 joran. Ikan tidak perlu ditimbang. Aktiviti memancing berkumpulan amat dialu-alukan, minima 20 orang, RM 5 untuk seorang pemancing,1 jam dan 1 joran. Ikan-ikan yang terdapat di sini ialah Rohu, Patin dan Tongsan

Bagi yang biasa mengunjungi Empangan Batu dan kawasan perkelahan Ulu Yam, mereka cuma perlu jalan terus dari kawasan perkelahan tersebut hingga melalui Zon Perindustrian Perabot Hulu Yam lebih kurang 15 minit dari kawasan perkelahan Rock Resort dan sebagainya. Perlu sedikit perhatian kerana banyak selekoh tajam jika melalui kawasan ini. Manakala dari arah utara akan melalui jalan lama dari Batang Kali cuma perlu masuk persimpangan ke Ulu Yam di sebelah kiri dan pandu terus lebih kurang 20 minit akan sampai ke kolam ini di sebelah kiri

D' HERITAGE ULU YAM terletak berhampiran dengan Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor. Anda hanya perlu memandu kira-kira 1/2 jam dari Kuala Kubu Bharu atau 1/2 jam dari Batu Cave.

 

Sumber : http://kolampancingheritage.blogspot.com/

Sebarang tempahan & Maklumat lanjut, sila hubungi : 012 - 6626540