414852976_770594881773389_2665351411257646160_n.jpg
 
HARI PERTAMA PEMBUKAAN KAUNTER PADU
Yang tak tahu guna komputer dan sebagainya, jangan risau. Boleh je terus datang ke PEDi... akan ada pegawai-pegawai DOSM yang akan membantu sehingga selesai 👍
 
 
*Assalamualaikum dan salam sejahtera …*
Anda berumur *18 tahun keatas* … Jika Ya
Anda digalakkan untuk mendaftar dan mengemas kini maklumat masing-masing ke dalam sistem PADU
Jom ramai-ramai ke *Pusat Ekonomi Digital (PEDi)*, untuk pendaftaran dan pengemaskinian maklumat individu dalam sistem *PADU* yang boleh dilayari www.padu.gov.my
*Kementerian Ekonomi (KE) bersama dengan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) dan Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) sedang dalam pelaksanaan pembangunan sistem Pangkalan Data Utama (PADU)* yang akan dilancarkan dan dirasmikan pada *2 Januari 2024 (Selasa) oleh YAB Perdana Menteri. Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) turut sama membantu bagi merialisasikan pembangunan sistem ini melalui PEDi.*
 
*Apa itu PADU?*
Pengenalan data utama (PADU) mengandungi profil individu dan Isi rumah meliputi warganegara dan permastautin tetap di Malaysia. Maklumat profil ini akan di peroleh melalui pengintegrasian data pentadbiran dari pelbagai sumber.
 
*Objektif PADU*
1. Penyediaan pangkalan data utama negara yang selamat, komprehensif dan "near real time "bagi digitalisasi dan penghasilan analitik berkala.
2. Penggubahan dasar dan proses membuat keputusan berpasukan data
3. Membolehkan pelaksanaan secara bersasar bagi mengimbangi kedudukan fiskal.
 
*Tujuan PADU*
*Salah satu kepentingan mendaftar PADU adalah bagi memastikan rakyat yang layak mendapat manfaat tidak tercicir daripada menerima bantuan dan subsidi bersasar serta perlindungan sosial melalui sistem PADU.*
 
*Anda faham ?*
Jika masih kurang jelas maklumat di atas sila hadirkan diri anda ke pusat ekonomi digital dan berjumpa dengan pegawai kami yang bertugas dan akan membantu anda seperti di bawah :
 
Jangan lupa bawa :
✅Kad pengenalan
✅Salinan akaun bank
✅Salinan/ nombor kad pengenalan ahli isi rumah (isteri/ anak-anak/ ibubapa/ yang tinggal serumah/ dan lain-lain)
“Meneraju Akses Digital"