1. AWAS! RISIKO RENJATAN ELEKTRIK, HAIWAN BERBAHAYA, RUNTUHAN DAN LANTAI LICIN

Lakukan pemeriksaan di dalam rumah bagi memastikan haiwan dan serangga berbahaya seperti ular, lipan atau kala jengking tida kmenjadi ancaman kepada anda dan ahli keluarga. Periksa tempat-tempat yang mungkin boleh menjadi tempat pesembunyian haiwan-haiwan tersebut seperti dibelakang almari, kerusi atau cabinet dan lain-lain.

Pastikan punca utama elektrik dimatikan bagi mengelakkan renjatan elektrik terutamanya jika air masih ada.

Pastikan keadaan struktur rumah selamat bagi mengelakkan kecederaan akibat objek terjatuh semasa berada di dalam rumah.

Lantai tile adalah sangat licin bila terendam air dan ditumbuhi kulat. Hati-hati bagi mengelakkan terjatuh dan cedera.

2. AWAS! RISIKO JANGKITAN KUMAN: Air dan tanah yang dibawa banjir mungkin mengandungi pelbagai kuman yang boleh menyebabkan penyakit. Kulat juga akan tumbuh dengan cepat pada dinding, lantai dan perabut rumah. Oleh itu;

Pakai alat perlindungan diri seperti boot dan sarung tangan getah terutama jika terdapat luka-luka kecil pada kaki dan tangan.

Pakai topeng muka (mask) dan goggles bagi mengelakkan bahan kotoran tidak memasuki saluran pernafasan dan mata semasa aktiviti pencucian.

Buka semua tingkap bagi memastikan peredaran udara yang baik sebelum melakukan aktiviti pencucian di dalam rumah.

3. ELAKKAN:

Bersentuhan langsung dengan bahan-bahan kotoran dan juga perabut rumah seperti sofa yang ditenggelam air terutamanya jika ada luka-luka kecil di tangan. Sila pakai sarung tangan getah terlebih dahulu.

Kanak-kanak bermain/berada di dalam kawasan rumah yang hendak dicuci.

4. Buang karpet atau bahan seumpamanya yang ditenggelami air banjir kerana ia berpotensi memerangkap bahan kotoran dan bacteria dalam jumlah yang tinggi. Ia mungkin boleh mendatangkan risiko kesihatan kepada anda.

5. Simbah semua permukaan lantai dan dinding dengan air bagi membuang kotoran. Kemudian basuh dengan menggunakan air yang dicampur bahan pembasmi kuman seperti klorox atau bahan pencuci detergent. Ini bagi membasmi kuman-kuman dan juga mencegah kulat (mold) dari tumbuh. Klorox boleh dicampur dengan kuantiti 5:1 (5 air kepada 1 bahagian klorox) bagi memporolehi kesan yang baik.

6. Alatan memasak seperti periuk dan pinggang mangkuk yang terendam air banjir juga perlulah dibasuh dengan air campuranklorox atau bahan pencuci.

7. KESELAMATAN AIR MINUM:

Sistem paip. Pastikan flush dahulu semua paip di dalam dan di luar rumah sebelum mengambil airnya bagi kegunaan keluarga anda. Dikhuatiri system paip yang ditengelami air banjir akan mengumpul bakteria yang boleh memberi risiko kesihatan.

Pastikan semua air minum dimasak terlebih dahulu.

8. KESELAMATAN MAKANAN:

Buang semua makanan yang terendam air banjir

Elak memakan makan mentah seperti ulam-ulamam sehinggalah semua keadaan pulih

Kupas buah-buahan dan sayuran yang berkulit sebelum di makan

Basuh tangan selepas keluar tandas dan sebelum makan

9. KESELAMATAN SISTEM GAS MEMASAK: Peralatan dapur gas memasak dan paip getah boleh dimasuki air menyebabkan aliran gas tersekat dan keluar melalui injap dan liang yang tidak sepatutnya. PERIKSA sistem gas memasak terlebi hdahulu sebelum menggunakannya.

10. KESELAMATAN PERALATAN ELEKTRIK: PERIKSA semua suis elektrik dan peralatan elektrik lain seperti lampu dan kipas sebelum menghidupkannya. Ia mungkin dimasuki air dan kotoran lain yang boleh mendatangkan risiko renjatan elektrik dan litar pintas.

11. KEBERSIHAN DIRI: Kebersihan diri perlu diutamakan. Bersihkan diri anda secukupnya dengan menggunakan sabun mandi setiap kali melakukan aktiviti pembersihan di rumah.

DAPATKAN RAWATAN AWAL: sekiranya anda atau ahli keluarga anda mengalami deman atau cirit-birit, muntah-muntah dan tidak sihat selepas balik ke rumah, SEGERALAH berjumpa doktor untuk pemeriksaan dan rawatan

2015-01-04-15.37.57-300x225.jpg

 

Sumber : KKM - Langkah-langkah Keselamatan & Kesihatan Selepas Banjir Apabila Balik ke Rumah Anda -KKM | The Malaysian Medical Gazette (mmgazette.com)

Musim tengkujuh datang lagi.

Media perdana dan laman-laman sosial giat memaparkan status terkini mangsa-mangsa yang terlibat dengan bencana ini. Kami melahirkan rasa simpati kepada ahli masyarakat yang terlibat terutama di kawasan Pantai Timur.

ubat

Beberapa garis panduan menghadapi banjir telah dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia sebagai persiapan kepada anggota kesihatan yang terlibat. Walau bagaimanapun, para pesakit dan juga ahli keluarga perlulah mengambil inisiatif bagi memastikan penggunaan ubat-ubatan secara selamat ketika banjir.

Antara panduan umum yang boleh diikuti ialah seperti berikut :

Menyimpan ubat di dalam plastik dan kalis air (ziplock bag). Ia mudah didapati di kebanyakan pasaraya. Sebagai langkah berjaga-jaga, pastikan plastik sentiasa dizipkan.

Label ubat tidak dibuang bagi mengelakkan kekeliruan semasa mengambil ubat.

Insulin yang belum digunakan perlu disimpan pada suhu 2-8 darjah Celcius. Sekiranya tidak dapat berbuat demikian, catat tarikh insulin dikeluarkan dari peti sejuk dan simpan pada suhu bilik. Insulin tersebut boleh digunakan dalam tempoh 4 minggu. Sekiranya berlebihan, pulangkan insulin yang telah luput kepada farmasi bagi tujuan perlupusan.

Pastikan preskripsi ubat dibawa ketika berpindah ke pusat pemindahan banjir. Ia bagi memudahkan anggota kesihatan mengenalpasti ubat-ubatan yang diambil oleh pesakit. Ia adalah dokumen terpenting bagi setiap pesakit.

Kenal pasti ubat-ubatan anda. Berkongsi ubat-ubatan dengan pesakit lain adalah tidak digalakkan.

Sekiranya ragu-ragu akan keadaan ubat-ubatan yang telah terdedah dengan air banjir, dapatkan kepastian daripada anggota kesihatan sebelum menggunakan ubat tersebut.

Jika anda menerima rawatan akibat penyakit bawaan air, maklumkan jenis ubat-ubatan yang sedang diambil bagi mengelakkan interaksi ubat-ubatan.

Semasa berada di pusat pemindahan banjir, pastikan ubat-ubatan disimpan jauh dari capaian kanak-kanak.

Patuhi jadual pengambilan ubat dan pastikan pemantauan rawatan tidak diabaikan.

Ahli keluarga perlu sentiasa mengingatkan pesakit agar tidak mengabaikan pengambilan ubat-ubatan semasa musim banjir. Harta yang paling bernilai ialah kesihatan diri. Lindunginya sebagai mana anda melindungi harta benda anda.

Sumber : Norvena Hisyam - Pegawai Farmasi di Bahagian Perkhidmatan Farmasi Melaka.

Penggunaan Ubat-ubatan Secara Selamat Ketika Banjir- Norvena Hisyam | The Malaysian Medical Gazette (mmgazette.com)

Untuk maklumat cuaca terkini, anda boleh dapatkan di www.met.gov.my atau melalui aplikasi myCuaca dan media sosial rasmi MET Malaysia.
Jangan lupa untuk LIKE, COMMENT, & SUBSCRIBE saluran YouTube Rasmi MET Malaysia:
 
Sumber : 

Malaysian Meteorological Department 

 Facebook
  

321091323_895606234925267_649734487332630084_n.png

 
23 November 2023 - KerjaΒ² Pembaikan Cerun dilaluan B66, Seksyen 14, Jalan Batang Kali - Genting sedang dilaksanakan ditapak. Kerja pembaikan ini akan disiapkan sepenuhnya pada 29 Mac 2024 dan InsyaAllah laluan akan dibuka kepada orang awam selepas itu.
-Segala Kesulitan Amatlah Dikesali-
 
Sumber :
πŸ“Œ Sentiasa berenang dengan rakan
πŸ“Œ Patuhi arahan yang diberikan
πŸ“Œ Periksa ramalan cuaca sebelum berenang
πŸ“Œ Gunakan krim perlindungan cahaya matahari
πŸ“Œ Berenang berdekatan dengan pantai
πŸ“Œ Berenang di antara bendera merah & kuning
πŸ“Œ Jangan berlari & terjun ke dalam air
πŸ“Œ Memakai pakaian renang yang bersesuaian
 
Sumber : 

Agensi Pengurusan Bencana Negara, Jabatan Perdana Menteri 

 Facebook
 
405226075_666311405692075_368177023599093974_n.jpg
 
 

Sub-kategori