Tarikh : 10, 11 & 12 April 2019
Masa : 2.30 - 4.00 Petang
Lokasi : PI Taman Desa Kelisa
Kehadiran : 5 Orang

Tujuan

Latihan ini dihadiri oleh 5 orang peserta iaitu golongan belia, wanita dan dewasa. Latihan ini bertujuan memberi panduan kepada peserta menggunakan aplikasi online untuk pelbagai tujuan. Iaitu panduan permohonan kemasukan anak ke Tahun 1, permohonan pekerjaan atas talian, pendaftaran dan semakan ePerolehan dan pendaftaran akaun ePCB CIMB.

Aktiviti 

Peserta perlu mendaftar akaun bagi permohonan Tahun 1, permohonan jawatan Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Perak dan sistem ePCB CIMB. Kemudian peserta perlu log masuk sistem dan melengkapkan maklumat yang serta muat naik dokumen yang diperlukan (Daftar Tahun 1 dan Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Perak). Setelah lengkap peserta menghantar permohonan dan mencetak dokumen. Bagi aplikasi sistem ePCB CIMB, peserta perlu log masuk akaun dan membuat pembayaran secara atas talian. Manakala bagi sistem ePerolehan, peserta log masuk akaun dan membuat semakan status dan membuat pembayaran secara atas talian. 

Gambar di sini