Tarikh : 18 & 21 April 2019
Masa : 9.30 - 11.30 Pagi
Lokasi : PI Taman Desa Kelisa
Kehadiran : 5 Orang

Tujuan

Latihan ini dihadiri oleh 5 orang peserta iaitu golongan belia, wanita dan IKS. Bengkel ini bertujuan memberi panduan asas kepada peserta berkenaan memborong produk dari negara China (taobao.com/ freeshoppingchina.com/ askmebuy.com).

Aktiviti 

Pengenalan diri dan perniagaan yang dijalankan oleh peserta. Kemudian, peserta perlu menyenaraikan jenis barangan atau produk yang ingin dicari di laman web. Peserta mendaftar akaun di laman web askmebuy.com untuk membuat carian produk. Peserta login akaun setelah berjaya mendaftar. Seterusnya peserta membuat carian produk dan melihat paparan harga beserta kos penghantaran. Peserta membuat kajian dan pengiraan kos dan jualan. Setelah selesai carian, peserta boleh meneruskan ke proses pembayaran dan keluar sistem.

Gambar di sini