Tarikh : 17 Jun 2019
Masa : 8.00 - 1.00 Tengah Hari
Lokasi : PI Taman Desa Kelisa
Kehadiran : 100 Orang

Tujuan

Membudayakan aplikasi ICT di kalangan komuniti dan usahawan serta memberi panduan dan kesedaran berkaitan isu-isu terkini aplikasi ICT dalam kehidupan. 

Aktiviti 

1. Pendaftaran peserta dan pengunjung

- Peserta mengisi borang penyertaan dan pengunjung mengisi borang kehadiran

Gambar di sini

2. Saringan Kesihatan (KOSPEN – PI) - aplikasi  MyHealth

- Pengunjung melakukan pemeriksaaan kesihatan (tekanan darah/ paras gula dalam darah/ ukuran tinggi dan berat (BMI)/ ukur lilit pinggang).

Gambar di sini

3. Pertandingan Dashboard Komuniti

- MyShop (Usahawan) – Muatnaik produk/ perkhidmatan terbanyak

Gambar di sini 

- MyPlace (Sekolah Menengah) – Menambah lokasi menarik terbanyak

Gambar di sini

4. Pertandingan Mewarna “Selamat Hari Raya” – (Tabika)

Gambar di sini

5. Aktiviti Marhaban

Alunan marhaban dari Kumpulan Muslimah Al-Jamiyyah, Taman Desa Kelisa

Gambar di sini

6. Aktiviti Advokasi SKMM

- Penerangan berkaitan program advokasi SKMM

Mobile E-Waste – Taklimat kesedaran tentang kesan pembuangan sisa elektronik terhadap alam sekitar. Panduan membuang peranti komunikasi yang rosak ke dalam tong Mobile E-Waste.

Check Your Label – Taklimat berkaitan aplikasi Check Your Label terutama peranti telefon pintar dan juga barangan elektronik yang berkaitan. Kesan dan cara menyemak peranti elektronik yang selamat.

Klik Dengan Bijak (Scammer) – Tayangan video berkaitan topik dan langkah-langkah mengatasi daripada menjadi mangsa scammer

Gambar di sini

7.Taklimat oleh Agensi

PTPTN – taklimat berkenaan perkhidmatan yang disediakan untuk golongan anak-anak dan belia. Isu-isu semasa dan sesi soal jawab bersama pengunjung

SYABAS – taklimat berkenaan perkhidmatan dan isu-isu berbangkit. Sesi soal jawab bersama pengunjung

Gambar di sini

8. Pertandingan Anyaman Ketupat (Wanita/ Lelaki)

Menganyam ketupat menggunakan reben. Peserta perlu menganyam 2 biji ketupat dengan masa terpantas dan kemas. Paparan video cara menganyam ketupat secara online (youtube.com)

Gambar di sini

9. Pertandingan Video “Biskut Raya” (Wanita/ Lelaki)

- Penghasilan Video Cara Membuat Biskut Raya (powtoon.com/ Filmora/ Powerpoint/ Aplikasi Telefon Pintar)

10. Pertandingan Fotografi “Moment Hari Terbuka PI” (Terbuka)

- Fotografi terbaik menggunakan telefon pintar. Muatnaik ke akaun Facebook dan kongsi di FB Page Pusat Internet Taman Desa Kelisa

11. Bacaan Doa, Ucapan dan Perasmian Penutup Program

- Pengacara majlis memulakan ucapan dengan ribuan terima kasih kepada tetamu VIP, pengunjung dan peserta yang hadir.

- Upacara dimulakan dengan bacaan doa oleh En. Muhammad Firdaous bin Ismail (Pengerusi MPKK, Kg. Sg. Kamin/ Ulu Kalong)

- En. Ahmad Nazri Bin Ibrahim (Penghulu) memberikan ucapan dan merasmikan program penutup

Gambar di sini

12. Penyampaian Hadiah/ Cenderahati / Goodies

- Pengurus menyampaikan cenderahati kepada tetamu-tetamu VIP dan wakil agensi

Gambar di sini 

13. Makan Tengah Hari 

- Jamuan kepada tetamu VIP dan juga kepada pengunjung/ peserta

Gambar di sini

Aktiviti Sokongan

1. Pameran Agensi/ Jualan Usahawan

Agensi membuka kaunter pameran dan perkhidmatan

- Usahawan membuka kaunter jualan produk/ perkhidmatan masing-masing

2. Promosi Jualan (Usahawan)

  • LTU Global Resources
  • Minuman Miwa Oli
  • Personal Shopper  (Ikea/ Kaison)

Gambar di sini