Roaiza Binti Mujari merupakan seorang usahawan yang menjalankan perniagaan kecantikan dan butik pengantin. Beliau memiliki sebuah butik kecantikan dan pengantin di Batang Kali.

Beliau telah mempunyai satu laman perniagaan di FB Page yang diberi nama Daris Astana Qaseh. Menerusi latihan keusahawanan di PI1M, beliau mempelajari teknik menghasilkan copywriting untuk tujuan promosi perkhidmatan.

Beliau turut mempelajari tips-tips untuk membuat FB Ads yang berkesan. Cara ini membantu meningkatkan tempahan dan juga maklumbalas pelanggan daripada sekitar Hulu Yam/ Batang Kali dan juga luar kawasan.

Selain itu, beliau turut menyertai program latihan keusahawanan seperti bengkel pengeditan imej, menghasilkan label perniagaan dan membuat risalah promosi. Beliau masih lagi dalam proses pembelajaran selanjutnya untuk menghasilkan blog dan laman web perniagaan.

Disamping itu, beliau juga turut masih mengikuti Latihan Intel E-Keushawanan yang dijalankan di PI1M bagi menambah pengetahuan berkaitan perniagaan yang merangkumi topik Profil Syarikat, pengurusan rekod/ kewangan dan aplikasi penggunaan excel di dalam perniagaan.