Nama

: RABIATUL AMNAH BINTI SELIMIN

Umur

: 45 TAHUN

Ahli

: 2018

 

Latar belakang 

Beliau merupakan surirumahtangga sepenuh masa sebelum melibatkan diri dalam dunia perniagaan. Memulakan perniagaan homemade cooking dan penghantaran di kawasan sekitar semasa berlakukanya pendemic covid. Beliau juga telah menghadiri program usahawan dan pengendalian makanan yang dilaksanakan di PEDi sejak 2020 lagi. Beliau kini konsisten mempromosikan perniagaan dan perkhidmatan secara atas talian di beberapa platform bagi memperluaskan perniagaan dan perkhidmatan beliau dengan menggunakan perkhidmatan yang disediakan oleh PEDi Taman Desa Kelisa.
 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Mempunyai kemahiran asas dalam aplikasi komputer, tetapi lebih kerap menggunakan aplikasi telefon dan mempunyai kemahiran asas dalam aplikasi media sosial yang bukan untuk perniagaan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI 

Di PEDi Taman Desa Kelisa, beliau mengikuti kursus pengendalian makanan secara online. Beliau turut menjalani latihan asas pengeditan imej, penghasilan video secara kreatif  dan juga pengenalan perniagaan secara online.

Dari segi kaedah promosi, beliau menggunakan akaun facebook, instagram dan TikTok selain status dan kumpulan whatsapp untuk mendapatkan pelanggan yang lebih meluas. Ianya membantu meningkatkan jumlah tempahan dan pendapatan bulanan beliau serta lebih dikenali oleh pelanggan.

Lihat Video