Nama : Siti Zabedah Binti Ghazali
Umur : 45 tahun
Ahli : 2015

 

Latar Belakang

Puan Siti Zabedah Binti Ghazali merupakan seorang ibu tunggal yang mengusahakan kepak ayam madu/satay di pasar malam sekitar Hulu Selangor sejak tahun 2013.

Sebelum Penggunaan ICT/ Penglibatan PI

Beliau mempunyai asas menggunakan komputer tetapi jarang mempraktikkan kerana sibuk dengan urusan perniagaan. Lazimnya, anak-anak beliau yang akan mengambil alih tugas ini. Setelah anak-anak beliau bekerja dan berumahtangga, beliau mula untuk mempelajari semula aplikasi komputer dan internet. Terutama untuk mempromosikan perniagaan beliau.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Di PI, beliau memulakan dengan pembelajaran asas komputer dan internet. Seterusnya, beliau mempelajari cara mencipta dan menguruskan email (gmail). Ini bagi memudahkan beliau dalam urusan jual beli.

Beliau turut mempelajari asas Ms Office Word bagi memudahkan penghasilan dokumen seperti label perniagaan, surat, dan sebut harga. Menerusi aplikasi Ms Office Word, beliau menghasilkan risalah untuk diedarkan kepada pelanggan mengenai perkhidmatan yang disediakan. Buat masa ini, beliau banyak membuat promosi menerusi aplikasi WhatsApp Group dan juga WhatsApp status. Usaha ini membantu meningkatkan hasil pendapatan beliau. Beliau masih belum mencipta akaun Facebook Page dan instagram kerana kekangan masa. Beliau dalam usaha meneruskan kelas Latihan Keusahawanan yang berikutnya di PI.

Antara program yang telah diikuti di PI adalah Latihan Keushawanan iaitu penghasilan label produk secara online. Label produk yang dihasilkan adalah untuk produk sejuk beku. Beliau juga telah mempromosikan produk perniagaan beliau di aplikasi MyShop (Dashboard PI). Menerusi aplikasi MyShop PI, komuniti setempat mudah untuk mengetahui dan mendapatkan maklumat lanjut berkaitan perkhidmatan yang sediakan.