Nama : Muhammad Shahzril Iman Bin Shahrulnizam
Umur : 12 tahun
Ahli : 2016
 
Latar Belakang
 
Merupakan seorang pelajar sekolah rendah di SK Hulu Yam Bharu. Mendaftar sebagai ahli Pusat Internet 1Malaysia pada tahun 2016 dan mengikuti kelas/ latihan/ program ICT di PI1M bersama rakan. Tujuan beliau mendaftar ahli PI1M adalah ingin mempelajari ilmu ICT dalam menyiapkan tugasan-tugasan sekolah.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Mempunyai kemahiran asas menggunakan peralatan komputer dan penggunaan internet tetapi kurang pengetahuan dalam penghasilan dokumen untuk tugasan kerja sekolah. Penggunaan aplikasi komputer lebih kepada permainan (games). Tiada akaun email.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah mengikuti latihan pembelajaran ICT di PI, kini beliau telah mahir dalam penggunaan komputer dan internet. Pembelajaran aplikasi internet membantu beliau membuat carian maklumat dan imej, terutama dalam menyiapkan tugasan folio sekolah. Menerusi pembelajaran asas komputer juga, beliau semakin mahir dalam penggunaan papan kekunci dengan menggunakan kedua-dua tangan dan dapat menyiapkan kerja dengan lebih cepat.

 

Selain itu, beliau turut mempelajari aplikasi Microsoft Office Word & Powerpoint 2010. Aplikasi Microsoft office membantu memudahkan dalam penghasilan dokumen dan slaid persembahan. Microsoft Office Word banyak digunakan dalam menghasilkan beberapa jenis dokumen seperti biodata diri, jadual kelas, carta organisasi kelab, aplikasi imej dan lain-lain. Manakala aplikasi Microsoft Office Powerpoint pula membantu beliau dalam penghasilan tugasan secara berkumpulan.

Disamping itu, beliau juga turut mempelajari asas pengeditan imej dan juga video untuk pertandingan (Semak Sebelum Sebar) anjuran SKMM. Menerusi pembelajaran ini beliau

berpengalaman dalam mengendalikan kamera digital dan menghasilkan video asas. Beliau turut mengikuti latihan Intel Learn Easy Step.

 

Beliau telah berjaya menamatkan latihan pada bulan Disember 2017 yang lalu. Segala kemahiran yang dimiliki semasa mengikuti latihan/ bengkel di PI banyak membantu beliau dalam menyiapkan tugasan-tugasan sekolah yang diperlukan. Walaupun telah tamat latihan, pada hujung minggu atau cuti sekolah, beliau akan hadir ke PI untuk menggunakan komputer/internet dan mencetak bagi menyiapkan tugasan sekolah.