Nama : Noraihah Binti Othman
Umur : 23 tahun
Ahli : 2015

 

Latar belakang

Merupakan seorang kakitangan swasta dan usahawan yang menjalankan perniagaan produk kecantikan pelbagai jenama secara dropship. Menetap di Hulu Yam Bharu. Golongan sasaran pelanggan adalah sekitar Hulu Yam, Batang Kali, Serendah, Sg.Choh dan Rawang.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Berpengalaman dalam pembelajaran aplikasi komputer, tetapi telah lama tidak mempraktikkan. Mempunyai asas berniaga secara online.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah mengikuti latihan semula di PI, kini beliau telah mahir dalam aplikasi penggunaan komputer dan aplikasi Ms Office bagi membantu beliau melengkapkan pelbagai kegunaan untuk perniagaan yang dijalankan. Antaranya, beliau kini telah mampu menghasilkan inventori jualan menggunakan aplikasi Ms Office Excel untuk pengiraan akaun harian dan juga bulanan secara sistematik. Menerusi pembelajaran Ms Office Powerpoint pula, beliau boleh menghasilkan video yang mudah dan menarik berkaitan produk dan juga tujuan promosi.

 

Bagi aplikasi internet, beliau boleh menggunakan aplikasi email bagi tujuan perniagaan dan juga peribadi. Menerusi email, beliau boleh menggunakan pelbagai aplikasi yang membantu dalam proses perniagaan.

 

Selain itu, menerusi latihan keusahawanan, beliau mempelajari asas pengeditan imej dan juga teknik mengambil gambar produk. Tips dan panduan yang dipelajari membantu beliau menghasilkan gambar yang menarik perhatian pelanggan. Beliau juga belajar cara menghasilkan ayat copywriting untuk tujuan promosi produk.