NAMA : ZAITON BINTI OTHMAN
UMUR : 58 TAHUN
AHLI : 2017

 

Latar belakang

 

Pn. Zaiton Binti Othman merupakan seorang usahawan perternakan tani. Telah menjalankan perniagaan Ladang Ternakan Ulu Yam bersama suami dan keluarga sejak tahun 2007. Pada awalnya, perniagaan ini hanya dibantu oleh ahli keluarga sahaja.

 

Berbekalkan minat dan usaha yang gigih, beliau telah mempunyai sebuah ladang ternakan yang berkeluasan lebih kurang 10 ekar di Lot 821, Batu 30,Jalan Ulu Yam Lama,44300 Batang Kali.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

 

Beliau mempunyai asas menggunakan komputer tetapi jarang mempraktikkan kerana sibuk dengan urusan perniagaan. Lazimnya, anak beliau yang akan menjalankan tugas ini. Setelah anak beliau belajar dan bekerja, beliau mula untuk mempelajari semula aplikasi komputer dan internet untuk mempromosikan perusahaan beliau.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

 

Di PI1M, beliau memulakan dengan pembelajaran asas komputer dan internet. Seterusnya, beliau mempelajari cara menguruskan email (Gmail). Ini bagi memudahkan beliau dalam urusan menerima dan membalas segala pertanyaan dan tempahan daripada pelanggan.

 

Beliau turut mempelajari asas Ms Office Word bagi memudahkan penghasilan dokumen seperti label perniagaan, surat, dan sebut harga. Menerusi aplikasi Ms Office Word, beliau menghasilkan risalah untuk diedarkan kepada pelanggan mengenai perkhidmatan yang disediakan. Buat masa ini, beliau banyak membuat promosi menerusi aplikasi WhatsApp Group dan juga WhatsApp status. Usaha ini membantu meningkatkan hasil pendapatan beliau. Beliau telah mempunyai akaun Facebook Page dan mula belajar cara untuk mengendalikan page ini untuk tujuan promosi. Manakala, akaun Instagram pula, beliau menggunakan akaun peribadi untuk promosi. 

 

Antara program yang telah diikuti di PI adalah latihan Keusahawanan iaitu pengeditan imej. Beliau turut mempromosikan produk perniagaan beliau di aplikasi MyShop (Dashboard PI). Menerusi aplikasi MyShop PI, komuniti setempat mudah untuk mengetahui dan mendapatkan maklumat lanjut berkaitan perkhidmatan yang disediakan.

 

DSCN8905blog-LTU