NAMA : NORDIANA BINTI MUHAMAD
UMUR : 31 TAHUN
AHLI : 2017

 

Latar belakang

 

Merupakan seorang surirumah dan usahawan yang menjalankan perniagaan produk kecantikan pelbagai jenama dan produk secara dropship. Antara produk yang dijual adalah produk kecantikan dan aksesori wanita. Menetap di Hulu Yam Bharu. Golongan sasaran pelanggan adalah sekitar Hulu Yam dan Batang Kali.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

 

Berpengalaman dalam pembelajaran aplikasi komputer, tetapi telah lama tidak mempraktikkan.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

 

Setelah mengikuti latihan semula di PI, kini beliau telah mahir dalam aplikasi penggunaan komputer dan aplikasi Ms Office. Beliau telah mampu menghasilkan risalah untuk promosi produk dengan menggunakan aplikasi Ms Office Word dan internet. Manakala bagi aplikasi Ms Office Excel pula beliau dapat menghasilkan inventori produk jualan dengan sistematik dan cepat.. Beliau juga dapat menghasilkan video yang ringkas berkenaan produk jualan menerusi pembelajaran Ms Powerpoint.

Menerusi pembelajaran di PI, beliau boleh menggunakan aplikasi email bagi tujuan perniagaan dan juga peribadi. Selain itu, menerusi latihan keusahawanan pula, beliau mempelajari asas pengeditan imej dan juga teknik mengambil gambar produk. Tips dan panduan yang dipelajari membantu beliau menghasilkan gambar yang menarik perhatian pelanggan. Beliau juga belajar cara menghasilkan ayat copywriting untuk tujuan promosi produk.

Buat masa ini, beliau masih dalam proses penghasilan facebook page. Promosi semasa yang dilaksanakan adalah menerusi aplikasi whatsapp (group & status) dan juga aplikasi Dashboard Komuniti PI1M. Bagi aplikasi Instagram, akan diwujudkan akaun dalam masa terdekat.

 

IMG 0009fb-2