Nama : NURHARYN SHANIRA LATISYA BINTI HARRY
Umur : 11 TAHUN
Ahli : 2017

 

Latar belakang

 

Merupakan seorang pelajar sekolah rendah di SK Hulu Yam Lama. Mendaftar sebagai ahli Pusat Internet pada tahun 2017 dan mengikuti kelas/ latihan/ program ICT di PI1M bersama rakan jiran. Tujuan beliau mendaftar ahli PI1M adalah ingin mempelajari ilmu ICT untuk kegunaan tugasan sekolah dan juga belajar secara online.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

 

Tidak mempunyai kemahiran penggunaan aplikasi komputer. Lebih banyak menggunakan telefon pintar untuk membuat carian di internet.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

 

Mula mengikuti latihan di PI pada bulan November 2017. Setelah mengikuti latihan pembelajaran ICT di PI, kini beliau telah mahir dalam penggunaan komputer dan internet. Pembelajaran aplikasi internet membantu beliau membuat carian maklumat dan imej, terutama dalam menyiapkan tugasan folio sekolah. Menerusi pembelajaran secara online turut membantu dalam meningkatkan kemahiran pembelajaran subjek tertentu.

Selain itu, beliau turut mempelajari aplikasi Microsoft Office Word & Powerpoint 2010. Aplikasi Microsoft Office Word banyak digunakan dalam menghasilkan beberapa jenis dokumen seperti jadual belajar, carta organisasi kelas, menghasilkan risalah dan  aplikasi imej. Manakala aplikasi Microsoft Office Powerpoint pula membantu beliau dalam penghasilan pembentangan tugasan secara berkumpulan dan dapat menghasilkan pembentangan yang menarik dan interaktif.

Disamping itu, beliau juga turut mempelajari asas pengeditan imej dan juga video untuk Pertandingan Video Kesihatan semasa Program Hari Dashboard PI. Menerusi pembelajaran ini beliau berpengalaman cara mengedit imej dengan baik dan menghasilkan video asas. Beliau turut mengikuti latihan Intel Learn Easy Step.

Beliau telah berjaya menamatkan latihan pada bulan April 2018 yang lalu. Segala kemahiran yang dimiliki semasa mengikuti latihan/ bengkel di PI banyak membantu beliau dalam tugasan harian sekolah dan membantu rakan – rakan yang lain. Beliau masih kerap hadir ke PI1M untuk menggunakan komputer/internet dan juga mencetak bagi menyiapkan tugasan sekolah.

 

DSCN8597IMG 0023