Nama : RASYID BIN RAZALI
Umur : 13 TAHUN
Ahli : 2017

 

Latar belakang

 

Merupakan seorang pelajar sekolah menengah di SMK Syed Mashor, Batang Kali. Mendaftar sebagai ahli Pusat Internet pada tahun 2017 dan mengikuti kelas/ latihan/ program ICT di PI bersama rakan jiran. Tujuan beliau mendaftar ahli PI adalah ingin mempelajari ilmu ICT untuk kegunaan tugasan sekolah dan juga belajar secara online.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

 

Tidak mempunyai kemahiran penggunaan aplikasi komputer. Lebih banyak menggunakan telefon pintar untuk bermain permainan online

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

 

Mula mengikuti latihan di PI pada bulan awal tahun 2017. Beliau mempelajari aplikasi Microsoft Office Word & Powerpoint 2010. Aplikasi Microsoft Office Word digunakan dalam menghasilkan beberapa jenis dokumen seperti jadual belajar, carta organisasi kelas, menghasilkan risalah dan  aplikasi imej. Manakala aplikasi Microsoft Office Powerpoint pula membantu beliau dalam penghasilan pembentangan tugasan secara berkumpulan dan dapat menghasilkan pembentangan yang menarik dan interaktif di sekolah.

 

Disamping itu, beliau juga turut mempelajari asas pengeditan imej dan juga video untuk Pertandingan yang dianjurkan PI. Menerusi pembelajaran ini beliau berpengalaman cara mengedit imej dengan baik dan menghasilkan video asas secara online (https://www.powtoon.com).

 

Setelah mengikuti latihan pembelajaran ICT di PI, kini beliau telah mahir dalam penggunaan komputer dan internet. Pembelajaran aplikasi internet membantu beliau membuat carian maklumat dan imej, terutama dalam menyiapkan tugasan sekolah.

 

Beliau telah berjaya menamatkan latihan pada bulan Disember 2017 yang lalu. Segala kemahiran yang dimiliki semasa mengikuti latihan/ bengkel di PI banyak membantu beliau dalam tugasan harian sekolah dan membantu rakan – rakan yang lain. Beliau masih hadir ke PI untuk menggunakan komputer/internet dan juga mencetak tugasan sekolah.

 

DSCN8766


DSCN7796