Nama : ROHAIDA BIN JAMALUDIN
Umur : 39 TAHUN
Ahli : 2017

 

Latar belakang

 

Pn. Rohaida Binti Jamaludin merupakan seorang surirumah sepenuh masa pada awal tahun 2017 tetapi kini telah bekerja di sebuah syarikat swasta. Beliau mula menjalankan perniagaan secara sambilan pada tahun 2017 sehingga kini.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

 

Beliau biasa menggunakan komputer dan kebanyakkan masa menggunakan telefon pintar untuk mempromosikan perusahaan beliau.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

 

Di PI, beliau mempelajari cara menguruskan email (Gmail) & aplikasi WhatsApp. Ini bagi memudahkan beliau dalam urusan menerima dan membalas segala pertanyaan dan tempahan daripada pelanggan.

 

Beliau turut mempelajari asas Ms Office Word bagi memudahkan penghasilan dokumen seperti menghasilkan risalah untuk diedarkan kepada pelanggan mengenai perkhidmatan yang disediakan.   

 

Beliau banyak menggunakan aplikasi laman sosial iaitu Facebook sebagai platform untuk promosi perniagaan. Di PI beliau belajar cara-cara membuat ayat copywriting dan juga panduan dalam membuat posting di laman Facebook dan WhatsApp status. Usaha ini banyak membantu meningkatkan hasil pendapatan beliau. Buat masa ini, beliau hanya menggunakan akaun facebook peribadi sahaja sebagai medium promosi dan akan mencipta page perniagaan dalam masa terdekat. Beliau mempunyai akaun Instagram tetapi tidak aktif.

 

Antara program yang telah diikuti di PI adalah Latihan Keushawanan iaitu pengeditan imej dan teknik fotoggrafi. Beliau turut mempromosikan produk perniagaan beliau di aplikasi MyShop (Dashboard PI). Menerusi aplikasi MyShop PI, komuniti setempat mudah untuk mengetahui dan mendapatkan maklumat lanjut berkaitan perkhidmatan yang sediakan. Selain itu, beliau turut menyertai program ERezeki yang dijalankan di PI.

 

DSCN8359

DSCN8372

fb-2