Nama : MUHAMMAD KHOIRUNI BIN MOHAMMAD YASIN
Umur : 34 TAHUN
Ahli : 2017

 

Latar belakang

 

Merupakan seorang staff syarikat swasta dan usahawan yang menjalankan perniagaan pelbagai jenis kerepek di tempat kerja beliau dan isteri

 

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

 

Berpengalaman dalam pembelajaran aplikasi komputer, tetapi telah lama tidak mempraktikkan.

 

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

 

Di PI, beliau belajar aplikasi penggunaan komputer dan aplikasi Ms Office untuk menghasilkan flyers iklan. Beliau telah mampu menghasilkan risalah untuk promosi produk dengan menggunakan aplikasi Ms Office Word dan internet.

 

Beliau turut mempelajari aplikasi email bagi tujuan perniagaan dan juga peribadi. Selain itu, menerusi latihan keusahawanan pula, beliau mempelajari asas pengeditan imej dan juga teknik mengambil gambar produk. Tips dan panduan yang dipelajari membantu beliau menghasilkan gambar yang menarik perhatian pelanggan. Beliau juga belajar cara menghasilkan ayat copywriting untuk tujuan promosi produk.

 

Di PI juga beliau mempromosikan produk jualan menerusi aplikasi MyShop (Dashboard Komuniti). Ia banyak membantu komuniti setempat mengenali produk jualan beliau dan meningkatkan jumlah tempahan terutamanya musim perayaan. Selain itu, promosi semasa yang dilaksanakan adalah menerusi aplikasi whatsapp (group & status), akaun Instagram dan Facebook peribadi yang dikongsi bersama dengan isteri beliau.

 

DSCN7932

IMG 0018