Nama

: RIZAL BIN HAMID

Umur

: 44 TAHUN

Ahli

: 2017

 

Latar belakang

En. Rizal bin Hamid merupakan seorang usahawan yang menjalankan perawatan kesihatan (bekam), pengasas makanan ringan “Poppistar” dan juga koordinator program bebas.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

 

Berpengalaman dalam aplikasi komputer, tetapi telah agak lama tidak mempraktikkan. Mempunyai kemahiran asas dalam aplikasi media sosial

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

 

Di PI, beliau mempelajari aplikasi penggunaan komputer dan aplikasi Ms Office untuk menghasilkan flyers iklan. Beliau telah mampu menghasilkan risalah untuk promosi perkhidmatan dan produk dengan menggunakan aplikasi Ms Office Word dan internet.

Selain itu, menerusi latihan keusahawanan pula, beliau mempelajari asas pengeditan imej dan juga teknik mengambil gambar produk. Tips dan panduan yang dipelajari membantu beliau menghasilkan gambar yang menarik perhatian pelanggan. Beliau juga belajar cara menghasilkan ayat copywriting untuk tujuan promosi perkhidmatan dan produk.

Di PI juga beliau mempromosikan perkhidmatan yang disediakan menerusi aplikasi MyShop (Dashboard Komuniti). Selain itu, promosi semasa yang dilaksanakan adalah menerusi aplikasi whatsapp (group & status) dan Facebook. Ini membantu meningkatkan hasil jualan beliau.