Nama

: NORHAYATI BT MOHD SIDID

Umur

: 43 TAHUN

Ahli

: 2016

 

Latar belakang

Pn. Norhayati binti Mohd Sidid merupakan seorang kakitangan awam sepenuh masa iaitu bertugas sebagai jururawat di Klinik Desa Kg. Gurney, Hulu Yam Bharu. Disamping menjalankan tugas sebagai jururawat, beliau menjalankan perniagaan secara sambilan sejak awal tahun 2017. Beliau menjual tepung kek coklat moist dan juga menghasilkan karipap sejuk beku disamping menerima tempahan kuih muih. 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau mempunyai komputer di tempat bekerja tetapi hanya menggunakan pada masa tertentu sahaja dan kurang mahir dalam penghasilan pelbagai dokumen. Mempunyai kemahiran asas dalam aplikasi media sosial.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau mula menyertai latihan di PI Taman Desa Kelisa pada pertengahan tahun 2018. Beliau ingin menambah kemahiran berkaitan aplikasi komputer  dan internet.

Di PI, beliau mempelajari asas Ms Office Word/ Powerpoint/ Excel bagi memudahkan penghasilan dokumen seperti label produk dan menghasilkan risalah untuk diedarkan kepada pelanggan mengenai perniagaan yang dijalankan. Beliau turut belajar menghasilkan iklan poster untuk iklan di status whatsapp.

Selain itu, beliau turut belajar cara-cara menghasilkan pos iklan di Facebook peribadi dan belajar menggunakannya sebagai medium promosi. Disebabkan kekangan masa, beliau belum lagi menghasilkan Facebook Page perniagaan. Pada masa ini, beliau lebih aktif menggunakan aplikasi WhatsApp status untuk iklankan produk perniagaan. Aplikasi status whatsapp ini memberi kesan yang baik kepada perniagaan beliau.

Antara program lain yang telah diikuti di PI adalah Latihan Keushawanan iaitu menghasilkan buku akaun dan invois menggunakan aplikasi Ms Excel. Beliau turut mempromosikan produk perniagaan beliau di aplikasi MyShop (Dashboard PI). Menerusi aplikasi MyShop PI, komuniti setempat mudah untuk mengetahui dan mendapatkan maklumat lanjut berkaitan perkhidmatan yang sediakan.