HUTAN LIPUR SUNGAI SENDAT

 

Terletak kira-kira 4 kilometer daripada Pekan Ulu Yam Bharu menerusi jalan tanah merah ke dalam hutan simpan. Pengunjung dikehendaki berjalan kaki kerana geogafi tanah dan jalan yang kecil. kawasan renang dan dua tingkat air terjun merupakan tarikan kawasan rekreasi ini. tidak ketinggalan juga hidupan flora dan fauna bagi pengunjung yang berminat terhadap alam semulajadi. Di Sungai Sendat juga dibenarkan untuk melakukan aktiviti bercamping.