HUTAN LIPUR SUNGAI SENDAT

 

Terletak kira-kira 4 kilometer daripada Pekan Ulu Yam Bharu menerusi jalan tanah merah ke dalam hutan simpan. Pengunjung dikehendaki berjalan kaki kerana geogafi tanah dan jalan yang kecil. kawasan renang dan dua tingkat air terjun merupakan tarikan kawasan rekreasi ini. tidak ketinggalan juga hidupan flora dan fauna bagi pengunjung yang berminat terhadap alam semulajadi. Di Sungai Sendat juga dibenarkan untuk melakukan aktiviti bercamping. 

 


 

EMPANGAN BATU

Empangan Batu merupakan kawasan tadahan air yang mempunyai kebolehan menyimpan air sehingga 30,199 liter. Kawasan ini dapat memberi gambaran dan perasaan seolah-olah berada di tepi laut. Kadangkala, kawasan hutan yang mengelilingi empangan ini menjadikan kawasan ini seolah-olah sebuah pulau yang cantik. Empangan Batu ini terletak hanya beberapa kilometer daripada Batu Cave dan Selayang menjadikan ia sebagai tempat melepaskan lelah selepas penat bekerja kerana pada waktu petang, kawasan ini terkenal dengan pemandangan matahari terbenam.

KAWASAN SEKITAR EMPANGAN BATU

AKTIVITI BERBASIKALAKTIVITI BERKAYAKAKTIVITI MEMANCING