Pn. Siti Zabedah merupakan seorang ibu tunggal. Telah menjalankan perniagaan kepak ayam madu/ satay di pasar malam sekitar Hulu Selangor sejak tahun 2013. Pada awalnya, perniagaan ini hanya dibantu oleh anak-anak beliau sahaja.Berbekalkan minat dan usaha yang gigih, beliau telah mempunyai sebuah syarikat yang didaftarkan dengan nama FZ Muazzam Resources dan berjaya menyewa 2 lot kedai Majlis Daerah Hulu Selangor di Batang Kali.  Lot kedai ini merupakan tempat persiapan bahan-bahan untuk menjalankan perniagaan dan juga simpanan produk sejuk beku. Bilangan pekerja juga semakin bertambah dengan permintaan yang semakin meningkat.

Bagi yang berminat mendapatkan produk dan membuat tempahan, boleh hubungi kak siti di talian :

Nombor Telefon : 017-6273660

Facebook : FZ MUAZZAM