Restoran Ainjaslizam terletak di Bandar Baru Batang kali yang beralamat di No 25&27 Jalan Meranti 2, Bandar Utama Batang Kali, 44300 Batang Kali, Hulu Selangor.Ia dibuka setiap hari dari jam 07 pagi sehingga 5.00 petang. 

Ada lebih 40 jenis hidangan disediakan pada setiap hari seperti gulai kawah, kari kambing, aneka sup, tomyam, masakan pedas dan pelbagai jenis masakan Malaysia. 

Pelanggan tidak perlu bimbang tentang ruang parkir kerana ada ruang parkir disediakan bagi menampung jumlah kenderaan yang banyak. Restoran Ainjaslizam juga menyediakan surau bagi pelanggan yang ingin menunaikan solat. 

Restoran Ainjaslizam juga turut menyediakan perkhidmatan katering bagi majlis-majlis tertentu seperti sambutan hari lahir dan perkahwinan. Mereka boleh dihubungi di talian 012-9744077 untuk tempahan.