Opah cafe yang terletak di Taman Gamelan Kuala Kubu Baru ini dimiliki oleh Puan Salmiah binti Mat Isa. Resipi opah cafe menyuntik elemen fusion dalam setiap menunya bagi memenuhi selera setiap pelanggan. Istimewanya, setiap menu hidangan mempunyai sentuhan peribadi dari pemilik cafe itu sendiri. Dekorasi cafe ini berkonsepkan moden kotemporari yang agak unit dan menarik. Antara menu yang menarik lempeng kelapa, roti goyang, nasi goreng tok sarjan, laksa mak gaga dan lain-lain lagi. 

 

Waktu Operasi :

7.00 pagi sehingga 4.00 petang

Sebarang pertanyaan dan tempahan boleh menghubungi di talian : 012-2283759

Facebook: Resipiopah_cafe