Rimba Kalong Eco Resort Ulu Yam merupakan tempat riadah yang sangat sesuai bagi mereka yang mencari ketenangan untuk bercuti dan merehatkan minda jauh dari hiruk pikuk kota. Tempat ini juga sesuai bagi mereka yang berhajat untuk aktiviti perkemahan, membuat hari keluarga, reunion serta 'team building' secara santai sambil menikmati keindahan alam semulajadi.

Rimba Kalong Eco Resort Ulu Yam terletak di Kampung Ulu kalong, Ulu Yam Bharu. Tempat ini juga telah beroperasi dari tahun 2012. Tempat ini juga menyediakan pelbagai fasiliti untuk aktiviti seperti 'ATV' dan juga 'PainBall'. Selain aktiviti riadah, Rimba Kalong Eco Resort juga menyediakan perkhidmatan pakej perkahwinan, pertunangan, catering, sambutan hari lahir, hantaran, perkhidmatan sewa baju pengantin dan juga peralatan untuk hiasan majlis perkahwinan.

                                                                      

Untuk maklumat lanjut boleh hubungi : 016-290 7068

Sumber : https://www.facebook.com/RimbaKalongEcoResortUluYam/ 


 

 

Rimbunan Chalet Sungai Sendat merupakan tempat riadah yang sangat sesuai bagi mereka yang mencari ketenangan untuk bercuti dan merehatkan minda jauh dari hiruk pikuk kota. Tempat ini juga sesuai bagi mereka yang berhajat untuk membuat hari keluarga, bulan madu bagi pasangan baru berkahwin, reunion serta 'team building'.

Terdapat dua konsep chalet di Rimbunan Chalet sungai Sendat iaitu cabin style dan kayu style. Pelbagai fasiliti yang disediakan iaitu kolam mandi, court futsal, BBQ stand, surau, wakaf untuk berehat. Antara aktiviti yang boleh dilakukan di sini adalah perkemahan, BBQ, berbasikal (basikal sendiri), karaoke, dart, serta game bersama keluarga.

 

Sumber : https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1979129675640831&id=1860640987489701

Maklumat lanjut boleh hubungi : 011-3707 3677

 


 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Maklumat lanjut: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Sebarang Tempahan & Maklumat Lanjut, Sila Hubungi: Tel : 03-23022977 ; H/P: 019-9172977 (Shafiq/Ida) / 019-3124678 (Ibrahim)


 

 

 

 

 

D' HERITAGE ULU YAM merupakan tempat yang amat sesuai untuk seisi keluarga. Sambil menunggu ayah/ suami memancing, ahli keluarga boleh berehat di chalet dan mandi manda di sungai berhampiran. Suasana yang tenang dan nyaman amat sesuai untuk merehatkan diri dari hiruk pikuk kota. 

Kawasan seluas 23 ekar ini mempunyai 4 kolam untuk diduga di samping beberapa buah chalet untuk kemudahan pemancing menginap di sini. Deposit RM 30 dikenakan kepada pemancing. RM 7 untuk seorang pemancing,1 jam dan 1 joran. Ikan tidak perlu ditimbang. Aktiviti memancing berkumpulan amat dialu-alukan, minima 20 orang, RM 5 untuk seorang pemancing,1 jam dan 1 joran. Ikan-ikan yang terdapat di sini ialah Rohu, Patin dan Tongsan

Bagi yang biasa mengunjungi Empangan Batu dan kawasan perkelahan Ulu Yam, mereka cuma perlu jalan terus dari kawasan perkelahan tersebut hingga melalui Zon Perindustrian Perabot Hulu Yam lebih kurang 15 minit dari kawasan perkelahan Rock Resort dan sebagainya. Perlu sedikit perhatian kerana banyak selekoh tajam jika melalui kawasan ini. Manakala dari arah utara akan melalui jalan lama dari Batang Kali cuma perlu masuk persimpangan ke Ulu Yam di sebelah kiri dan pandu terus lebih kurang 20 minit akan sampai ke kolam ini di sebelah kiri

D' HERITAGE ULU YAM terletak berhampiran dengan Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor. Anda hanya perlu memandu kira-kira 1/2 jam dari Kuala Kubu Bharu atau 1/2 jam dari Batu Cave.

 

Sumber : http://kolampancingheritage.blogspot.com/

Sebarang tempahan & Maklumat lanjut, sila hubungi : 012 - 6626540

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 


 

Sub-kategori