Tarikh : 11 & 12 April 2019
Masa : 9.30 - 11.00 Pagi
Lokasi : PI Taman Desa Kelisa
Kehadiran : 2 Orang

Tujuan

Latihan ini dihadiri oleh 2 orang peserta iaitu golongan belia. Latihan ini memberi panduan kepada peserta menghasilkan pamplet menggunakan aplikasi Ms Publisher dan menghasilkan risalah menggunakan aplikasi Ms Office Word.

Aktiviti 

Peserta perlu menyediakan imej dan maklumat berkenaan produk/ perkhidmatan yang diperlukan. Kemudian peserta memilih design template yang sesuai. Peserta perlu ubahsuai imej dan dan maklumat sesuai dengan produk/ perkhidmatan yang diberi. Peserta perlu mengedit imej secara asas dan menambah teks serta membuat susun atur mengikut kreativiti. Simpan hasil kerja. 

Gambar di sini


 

Tarikh : 10, 11 & 12 April 2019
Masa : 2.30 - 4.00 Petang
Lokasi : PI Taman Desa Kelisa
Kehadiran : 5 Orang

Tujuan

Latihan ini dihadiri oleh 5 orang peserta iaitu golongan belia, wanita dan dewasa. Latihan ini bertujuan memberi panduan kepada peserta menggunakan aplikasi online untuk pelbagai tujuan. Iaitu panduan permohonan kemasukan anak ke Tahun 1, permohonan pekerjaan atas talian, pendaftaran dan semakan ePerolehan dan pendaftaran akaun ePCB CIMB.

Aktiviti 

Peserta perlu mendaftar akaun bagi permohonan Tahun 1, permohonan jawatan Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Perak dan sistem ePCB CIMB. Kemudian peserta perlu log masuk sistem dan melengkapkan maklumat yang serta muat naik dokumen yang diperlukan (Daftar Tahun 1 dan Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Perak). Setelah lengkap peserta menghantar permohonan dan mencetak dokumen. Bagi aplikasi sistem ePCB CIMB, peserta perlu log masuk akaun dan membuat pembayaran secara atas talian. Manakala bagi sistem ePerolehan, peserta log masuk akaun dan membuat semakan status dan membuat pembayaran secara atas talian. 

Gambar di sini


Tarikh : 3 April 2019
Masa : 2.30 - 4.00 Petang
Lokasi : PI Taman Desa Kelisa
Kehadiran : 4 Orang

Tujuan

Latihan ini dihadiri oleh 4 orang peserta iaitu golongan belia, wanita dan warga emas . Latihan ini bertujuan memberi panduan kepada peserta memohon pekerjaan secara online dan melengkapkan borang permohonan secara atas talian (online). Iaitu panduan permohonan kemasukan anak ke Pra Sekolah, permohonan pekerjaan atas talian dan pengisian data Kospen.

Aktiviti 

Peserta perlu mendaftar akaun bagi permohonan Pra Sekolah dan permohonan jawatan SPA. Kemudian peserta perlu log masuk sistem dan melengkapkan maklumat yang serta muat naik dokumen yang diperlukan. Setelah lengkap peserta menghantar permohonan dan mencetak dokumen. Bagi pengisian data maklumat Kospen, peserta log masuk akaun sistem Moves dan melengkapkan maklumat yang diperolehi.

Gambar di sini


 

Tarikh : 10 April 2019
Masa : 9.30 - 11.00 Pagi
Lokasi : PI Taman Desa Kelisa
Kehadiran : 2 Orang

Tujuan

Latihan ini dihadiri oleh 2 orang peserta iaitu golongan belia. Latihan ini adalah untuk peserta mahir penggunaan aplikasi dalam menghasilkan tentatif program dan risalah. 

Aktiviti 

Peserta di ajar cara menghasilkan tentatif program dan risalah. Aplikasi penggunaan internet bagi carian & simpan imej. Kemudian, peserta akan diberi latihan untuk membina tentatif program dan risalah mengikut kreativiti sendiri. Simpan hasil kerja. 

Gambar di sini


Tarikh

: 24 Mac 2019

Masa

: 9.30 -11.30 Pagi

Lokasi

: PI Taman Desa Kelisa

Kehadiran

: 3 Orang

Tujuan

Bengkel ini dihadiri oleh 3 orang peserta iaitu pelajar sekolah rendah dan menengah. Bengkel ini bertujuan membantu pelajar membaca dan menghafal sifir. Laman web ini membantu peserta meningkatkan kepantasan berfikir menerusi ujian dan kuiz yang dilakukan.

Aktiviti 

Peserta mendaftar akaun secara percuma. Ini memudahkan peserta melihat latihan-latihan yang telah dilaksanakan. Peserta mengikuti Pelan 5 Langkah yang dicadangkan bagi membantu peserta belajar sifir dengan cara yang efektif dan cekap. Kemudian, peserta berlatih dengan ujian masa dan boleh bermain permainan memori serta berlatih menjawab kertas kerja. 

Gambar di sini