Tarikh : 7 & 9 Mei 2019
Masa : 9.30 - 11.00 Pagi
Lokasi : PI Taman Desa Kelisa
Kehadiran : 2 Orang

Tujuan

Latihan ini dihadiri oleh 2 orang peserta iaitu golongan belia dan wanita. Latihan ini bertujuan menguji kemahiran peserta dalam aplikasi fungsi Ms Office Word.

Aktiviti 

Peserta diberi beberapa jenis bentuk dokumen yang perlu dihasilkan. Peserta perlu menyiapkan ujian menggunakan aplikasi Ms Office Word yang sesuai dengan keperluan dokumen. Antara latihan yang dihasilkan adalah risalah, jadual dan aplikasi imej.

 Gambar di sini


Tarikh : 2 Mei 2019
Masa : 10.00 pagi - 1.00 petang
Lokasi : PI Taman Desa Kelisa
Kehadiran : 8 Orang

Tujuan

Pembukaan kaunter Syabas untuk sebarang aduan/ pertanyaan berkaitan bil. air, pendaftaran e-billing dan sebagainya. Wakil kakitangan dari Pejabat Syabas Kuala Kubu Bharu.

Aktiviti 

Pengguna hadir untuk membuat pertanyaan berkaitan Syabas, pendaftaran e-billing dan sebagainya. 

Gambar di sini


Tarikh : 18 & 21 April 2019
Masa : 9.30 - 11.30 Pagi
Lokasi : PI Taman Desa Kelisa
Kehadiran : 5 Orang

Tujuan

Latihan ini dihadiri oleh 5 orang peserta iaitu golongan belia, wanita dan IKS. Bengkel ini bertujuan memberi panduan asas kepada peserta berkenaan memborong produk dari negara China (taobao.com/ freeshoppingchina.com/ askmebuy.com).

Aktiviti 

Pengenalan diri dan perniagaan yang dijalankan oleh peserta. Kemudian, peserta perlu menyenaraikan jenis barangan atau produk yang ingin dicari di laman web. Peserta mendaftar akaun di laman web askmebuy.com untuk membuat carian produk. Peserta login akaun setelah berjaya mendaftar. Seterusnya peserta membuat carian produk dan melihat paparan harga beserta kos penghantaran. Peserta membuat kajian dan pengiraan kos dan jualan. Setelah selesai carian, peserta boleh meneruskan ke proses pembayaran dan keluar sistem.

Gambar di sini


 

 

Tarikh : 24 & 25 April 2019
Masa : 9.30 - 11.30 Pagi
Lokasi : PI Taman Desa Kelisa
Kehadiran : 2 Orang

 

Tujuan

Latihan ini dihadiri oleh 2 orang peserta iaitu golongan belia dan wanita. Latihan ini bertujuan membantu peserta mengukuhkan kemahiran dalam aplikasi fungsi Ms Office Word.

 

Aktiviti 

 Peserta diberi beberapa jenis dokumen yang perlu dihasilkan. Peserta menyiapkan latihan menggunakan aplikasi Ms Office Word yang sesuai dengan keperluan dokumen. Antara latihan yang dihasilkan adalah poster, gambarajah dan aplikasi imej.

 Gambar di sini

 


Tarikh : 17 & 19 April 2019
Masa : 9.30 - 11.00 Pagi
Lokasi : PI Taman Desa Kelisa
Kehadiran : 2 Orang

Tujuan

Latihan ini dihadiri oleh 2 orang peserta iaitu golongan belia. Latihan ini bertujuan menambah kemahiran peserta menghasilkan pamplet dan atucara majlis/ program.

Aktiviti 

Peserta mempelajari cara menghasilkan pamplet menggunakan apilkasi Ms Office Word. Peserta perlu membuat carian imej dan maklumat untuk menghasilkan sebuah pamplet. Kemudian peserta membina pamplet mengikut panduan yang diberi mengikut kreativiti sendiri. Selain itu, peserta juga diajar menghasilkan aturcara program/ majlis yang mudah dan menarik.

Gambar di sini