Banyak kebaikan meminum teh. Antaranya ialah Teh dapat melarutkan lemak, mengurangkan risiko penyakit jantung,Meningkatkan metabolisme tubuh dan sebagainya..

Anda inginkan rasa Teh yang sebenarnya ? Murah dan berbaloi-baloi ?
Anda boleh dapati di jom ngeteh, batang kali.

Pelbagai perasa yang disediakan 
Antaranya ialah :

* Green Tea
* Red Tea
* Coffee - Macha, Latte, Caramel & Coppucino
* Ice Lemon Tea
* Fruit - Honeymoon, Strawberry, Manggo

Mereka juga menyediakan " leleh special " seperti

# Coklat Cinta
# Hazwlnut Choc
# Vanilla Mel

Anda boleh jumpe mereka ditempat yang berikut :-

1. Tapak Pasar Pagi, #batangkali (3.00pm-9.00pm)
2. Atas bkt Tomyam, #batangkali
3. Kuala Kubu Bharu ( hadapan KKB Bundle)

Pakat² share & Like supaya lebih ramai dapat menikmati kesedapan rasa Teh yang sebenar...

IG : Jom ngeteh
Facebook : Jom ngeteh​

Sumber gambar diperolehi dari : 
Jom ngeteh

Sri Serumpun yang terletak di Medan Selera Batang Kali berhadapan dengan Shell ini dimiliki oleh Puan Nurul Azura bt Mokhtar bersama pasangannya Johari. Istimewanya makanan di sini adalah kebanyakkan menu merupakan masakan orang minang yang mengikuti citarasa setempat. Antara hidangannya istimewanya seperti daging salai, aneka masak lemak cili api dan lain-lain lagi. Sesiapa berminat dengan suasana yang damai makan di bawah pokok tepi jalan dan bersantai bolehlah datang ke Restoran Sri Serumpun

Waktu Operasi :

11.00 pagi sehingga 4.00 petang

Sebarang pertanyaan dan tempahan boleh menghubungi di talian : 017-6432399

Cik Dini Amani merupakan agent LoveStory PitStop Hulu Selangor. Produk yang diusahakan ialah produk berkenaan dengan coklat seperti chocojar yang mempunyai pelbagai perisa seperti Vanila, Vanilachoc, Mochachino, Mochachoc, Cappuchino, Chocolate, Tiramitsu, Chocohorlicks, Strawberry, Blackcurrant, Kiwi, Lychee, Mango TOPPING: Oreo, Chipsmore, Chocolate Hershey's, Ice cream, Smarties, Black pearl, Nestum, Chocolate Cadburry.

Harga : RM 3.50 ADD TOP: RM 0.50++ 

Sesiapa yang berminat boleh menghubungi Cik Dini Amani di talian:

http://Www.wasap.my/601160927916

Facebook : Dini Amani

Gambar dipetik melalui facebook

Dr Zainol merupsksn pembekal Produk Berasaskan Ayam Daging dan Ayam Kampung Organik yang bersih, segar, enak dan menawarkan sumber protein yang tinggi jenama Dr Zainol dan juga makanan sejuk beku yang lain seperti daging, kambing perap, keropok losong dan pelbagai lagi.

Selalu kita sebut atau dengar ayam organik, ayam organiktapi kita tahu ke tak apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan ayam organik itu. Ayam organic ialah ayamtersebut mestilah dari ibu dan bapa yang juga jenis organic .Ayam organik juga ialah bebas daripada menyalah guna antibiotik, hormon dan lain lain kimia terlarang bagi tujuan tumbusaran.  Ayam juga boleh diberikan vaksin yang dibenarkan pihak berkuasa sahaja.Ayam tersebut juga hendaklah bebas dan menggunakan 50% daripada aktiviti hariannya untuk bergerak. Maknanya jika kita hadkan pergerakannya macam ayam daging yang hanya makan & tidur sahaja,maka ia tidak lagi organic. Makanan bukan datang dari bahan makanan dari tumbuhan berasaskan GMO tumbuhan sumber makanan tidak diberi baja kimia dan tidak diberi racun serangga/kulat berasaskan kimia,bahan makanan tidak dihasilkan melalui proses menggunakan kimia. Kalau ayam tu diberi makan dedak yang macam kita beli kat kedai tu, maka ayam itu tidak lagi organic.

Sebarang informasi boleh terus pergi ke kedai DrZAinol yang beralamat di No 39, Jalan Meranti 1, Bandar Utama Batang Kali,44300 Batang Kali Selangor atau menghubungi melalui:

https://ayamdrzainolemart.com/

019-242 4640

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Puan Nuralyaa bt Rosli merupakan salah satu usahawan Farm Fresh di sekitar Hulu Selangor. Ibu kepada 2 orang anak ini bergiat aktif menjual produk ini sejak tiga tahun lalu. Beliau menjual di kawasan perumahannya, kedai-kedai runcit dan pasar-pasar malam. Mengetahui keistimewaan produk tenusu ini membuatkan beliau percaya yang produk ini boleh memberi banyak manfaat kepada masyarakat. Untuk sebarang pertanyaan boleh menghubungi beliau di :

Talian : 011-64106960

Facebook : https://www.facebook.com/lya.lyazz

Intagram : https://www.instagram.com/lyalyazz/?hl=ms