Rumah Sungai Bonda Rozita merupakan tempat percutian resort yang menjanjikan pengalaman yang santai, tenang dan menenangkan. Tempat percutian yang sempurna untuk melarikan diri dan mencari perlindungan dari kehidupan bandar yang sibuk dan hanya satu jam perjalanan dari Kuala Lumpur. Sungai Hijau berliku-liku di samping tempat penginapan ini, menjadikan sungai yang indah, bersih & indah ini sebagai tarikan utama. Rumah sungai mempunyai banyak pilihan penginapan mengikut kesesuaian dan bilangan tetamu.Setiap rumah mempunyai keunikan tersendiri.

Sebarang pertanyaan boleh menghubungi:

Hotline No. :

Rumah Sungai & Kampung Bubinga :019-7906 533

Rumah Hutan 016-2472 133

https://www.bondavalley.com/rumahsungai2

https://aac3d612-94c6-433e-80ae-5d8576c09e6b.filesusr.com/ugd/903597_ad34c148806a48c88548e50bf3cf1bdb.pdf

 

DCKIN MODERN MOVE AEROBIC CENTRE menyediakan perkhidmatan kelas aerobic, zumba , step dance, bollywood, belle, joget, cacha, kpop dan lain-lain lagi untuk semua golongan wanita dengan bersama instructornya iaitu Pn.Norashikin bt Abd.Hamid. Beliau mensasarkan kepada golongan wanita yang ingin senaman disamping mengekalkan kecergasan tubuh badan serta minda. Objektifnya adalah ingin memberi perkhidmatan senaman yang terbaik dan memuaskan hati pengunjung pusat ini.

Pn.Norashikin sendiri yang mengendalikan pusat senaman ini dan beliau berpengalaman dalam bidang aerobik (Aeromixdance) dan memenuhi jemputan kelas outdoor serta event di sekitar Selangor. Terutamanya di kawasan Hulu Selangor. DCKIN juga menyediakan ruang yang luas sehingga boleh menampung 30 orang dan berhawa dingin serta selesa kepada para pengunjung.

Untuk maklumat, kelas aerobic ini hanya untuk golongan wanita sahaja. Sesi kelas aerobik dijalankan seperti berikut: 

  1. 30 minit pertama - senaman aerobic (tanpa henti)
  2. 30 minit kedua - step dance, bollywood, belle dan lain-lain lagi mengikut lagu terkini.
  3. Cooling down & tamat kelas.
Kelas bermula dari jam 9.00 mlm - 10 mlm
 
Sebarang pertanyaan boleh hubungi :
 
call : 017-2376771
fb : Ckin Bobdanial
 
 
 
 
 
 
       
 

 

 

 

 

TADIKA KHALIFAH MUKMIN

Tadika Khalifah Mukmin ditubuhkan sejak 2013. Oleh kerana tadika adalah pengalaman pertama kanak-kanak dengan pendidikan formal, pusat ini adalah pusat pembelajaran yang terancang di mana kanak-kanak dapat meneruskan pembelajaran melalui aktiviti dan bermain. Kanak-kanak mungkin belajar dan mengembangkan banyak kemahiran dalam banyak bidang, meningkatkan keyakinan dan membina hubungan yang sihat.

Pusat ini terletak di kedai, dikelilingi dengan kawasan perumahan. Pusat ini berhawa dingin sepenuhnya dengan bilik darjah yang luas, taman permainan dalaman, dewan serbaguna, ruang makan dan bilik tidur.

Pusat ini mempunyai guru yang berkualiti, sistem keselamatan yang baik untuk keselamatan anak-anak, suasana yang baik dan juga pelbagai aktiviti harian yang dilakukan dalam kumpulan kecil dan besar. Untuk melengkapkan kanak-kanak dengan pembelajaran yang berkesan dan asas Islam yang bermakna, Tadika Khalifah Mukmin menawarkan kelas membaca Al-Quran, memanah & taekwondo kepada anak-anak.

Daftarkan anak-anak anda sekarang di tadika Little Caliphs (Tadika Khalifah Mukmin). Untuk maklumat lebih lanjut, sila hubungi kami di 016-900 1009.

Dikelola oleh:Cikgu Fazlina Sazali

Alamat Tadika : No. 16, Jalan Mahagoni 7/4, Bandar Utama Batang Kali, 44300 Batang Kali, Selangor
No telefon : 016-900 1009
E-mel :Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Facebook : Little Caliphs Batang Kali_Tadika Khalifah Mukmin

Intagram :Little Caliphs Official

Anak jati Batang Kali yang menceburkan diri dalam bidang membuat roti, Abdul Ghopar Zakaria Ansari 30 tahun memulakan perniagan secara kecil-kecilan semasa kerja dengan KTMB Bangsar, hanya dengan sebahagian modal dari gaji bulanan, beliau mengerakkan perniagaan roti ini kepada rakan-rakan tempat kerja dan saudara mara, kini beliau mengorak satu langkah dengan menyewa gerai MDHS hanya untuk memproses dan pembungkusan roti.

Sebarang pertanyaan boleh melalui :

WhatsApp : 012-3527886

Facebook : https://www.facebook.com/Nur-Rezeki-Bakery-839898482728386

Intagram : bakeryman_life

 
Fatin Bakery  menghidangkan kek yang SUPER GEBU kepada anak2, suami & tetamu, tanpa perlu membuang masa di dapur. Dengan menggunakan bahan-bahan yang premiun lagi berkualiti Fatin dapat menghasilkan kek-kek yang sedap lagi lazat dengan harga yang berpatutan. Antara kek-kek yang dijual seperti brownies,kek pisang, kek cheese dan lain-lain lagi.

Bagi yang berminat boleh hubungi :018-3180263

Facebook: Fatin Bakery

Intagram : Fatin Bakery

 

Gambar di petik dari Facebook Fatin Bakery