USAHAWAN KECIL PRODUK KECANTIKAN DAN KESIHATAN

Nama : Nadia Binti Abdullah
Umur : 29 tahun
Ahli : 2016
 
Latar belakang

Merupakan seorang usahawan yang menjalankan perniagaan penghasilan sabun “homemade” bagi kegunaan rawatan dan kecantikan. Selain itu, beliau juga menjual produk kesihatan alami seperti gam arab.


Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Sebelum mengikuti latihan di PI1M, beliau telah mempunyai kemahiran dalam penggunaan komputer dan internet, tetapi kurang kemahiran dalam pengeditan imej dan kaedah promosi perniagaan. Di PI1M, beliau mengikuti latihan keusahawanan bagi memudahkan beliau untuk mengendali perusahaan secara online dan juga pengeditan imej.


Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Setelah mengikuti latihan keusahawanan dan beberapa bengkel pengeditan imej dan video, beliau telah mencipta mempunyai satu laman perniagaan di Facebook dan telah mempunyai akaun Instagram untuk perniagaan beliau.

Bagi mempromosikan perniagaan, beliau belajar tips-tips perniagaan menggunakan Facebook Page, cara membuat kajian trend perniagaan dan juga pengeditan imej. Menerusi latihan di PI1M, beliau telah menghasilkan Facebook Page perniagaan dan membuat pos-pos berkaitan produk serta promosi di laman facebook tersebut. Beliau turut mencipta akaun Instagram untuk meluaskan usaha promosi. Buat masa ini, beliau menggunakan kaedah promosi online secara percuma dan akan menggunakan kaedah berbayar untuk masa akan datang.

Selain itu, beliau turut mempelajari cara pengeditan imej menggunakan aplikasi Microsoft picture dan juga Adobe Photoshop, ianya membantu beliau dalam menambah/ menukar info yang berkaitan dengan promosi perkhidmatan yang dijalankan. Pengeditan imej secara online juga turut dipelajari, seperti penghasilan header yang sesuai untuk facebook page perniagaan. Beliau turut menghasilkan flyers perniagaan menggunakan aplikasi online (www.avery.com).

Beliau juga mempromosikan perkhidmatan beliau di aplikasi MyShop (Dashboard PI1M). Menerusi aplikasi MyShop PI1M, pengguna dan komuniti setempat mengetahui dan memudahkan pelanggan untuk mendapatkan maklumat lanjut berkaitan perkhidmatan yang sediakan. Beliau turut meletakkan risalah perkhidmatan dan juga produk di PI1M. Secara langsung, meningkatkan pendapatan beliau di kawasan sekitar Hulu Yam dan Batang Kali.
 
   

 

 

BIL

KISAH KEJAYAAN Q1 (JANUARI – MAC)

K.K 1

Pn. Basariah Binti Idris

CELIK IT

K.K 2

Mohd. Razuwi Bin Abu Bakar

USAHAWAN 1

K.K 3

Roaiza Binti Mujari

USAHAWAN 2

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Kisah Kejayaan PI1M TAMAN DESA KELISA DIS 2015

 Kisah Kejayaan Dis 2015